Saturday, October 29

@ Selangor...barang dagangan

Ketika saya berurusan di fakulti, en suami meronda di sekitar UiTM.  Inilah hasil-hasilnya.


jurufoto

UiTM di hatiku





Selesai urusan saya, misi menyempurnakan urusan en suami pula.  Sebelum perjalanan ke Lembah Kelang, dia sudah mencari peluang untuk mencari barangan kedainya.  Rupanya, GM Klang ini "syurga" membeli-belah.  Banyak lot-lot kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, peralatan rumah, alatulis, permainan dll.





Anak-anak sangat teruja melihat di kiri kanan mereka pelbagai barangan yang menarik perhatian.  Penat melayan mulut mereka yang meminta itu ini. 




Inilah barangan yang dibeli, alatulis mengikut perkembangan semasa, "Angry Bird".  Suami bercerita, ada beberapa orang budak sekolah rendah yang sentiasa mengunjungi kedai suami membuat kenyataan ini,

"Kedai lain semua sudah jual barang angry bird, kedai pak cik saja tak ada barangan angry bird

Wah, nampaknya suami saya sudah mempunyai penyiasat persendirian tanpa upah.  Hehehe...







Anak sendiri pula yang teringin dengan barangan ini.  Hmmm....

2 comments:

  1. :) en suami mendengar permintaan pasaran :) memang Plaza GM itu adalah syurga buat penjual2 runcit :)

    ReplyDelete
  2. bila berniaga, begitulah. Nampaknya jika ke lembah kelang nanti, pasti akan ke GM lagi. Rasanya jika ada program hari keluarga dan ingin mencari hadiah juga berbaloi beli di situ.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin