Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Wednesday, December 24

Langkawi - Aktiviti air

Selepas penat berjalan, pagi hari Jumaat dikhususkan untuk aktiviti mandi laut.Penat bermain pasir serta berenang di laut.Nampaknya mereka tidak puas lagi bermain air, jadinya kami menambah sehari lagi percutian ini.

Mandi-manda di Pantai Chenang

Acara mengorek pasir seakan acara wajib apabila mandi laut


Setelah mencari dan bertanya, akhirnya kami menginap di Awana Porto Malai untuk 1 malam lagi. Harga untuk Double Deluxe RM315, tetapi untuk kakitangan kerajaan, mendapat pengurangan harga hingga RM284. Hati teruja kerana mendapat bilik yang mengadap laut. Petangnya aktiviti kolam renang pula. Kanak-kanak dan air memang tidak dapat dipisahkan. Seronok melihat gelagat mereka "berenang"dan "menyelam". Keesokan pagi juga aktiviti kolam renang diteruskan.

Langkawi - Kereta Kabel (2)

Selesai singgah di Masjid untuk solat, suami menunjukkan dari kejauhan kelihatan kereta kabel sedang bergerak. Tujuan utama dia ingin ke Langkawi sememangnya ingin menaiki kereta kabel. Saya? Saya tidak begitu teruja kerana saya mempunyai ketakutan pada tempat tinggi (gayat). Aduhai...saya sudah katakan padanya, saya tidak mahu naik kereta kabel. Anak-anak melihat dari kejauhan juga menyatakan takut. Tetapi akhirnya... naik juga.


stesyen terakhir

Kecut perut saya jangan dikatalah... sepanjang perjalanan naik ke atas Gunung MaCinchang itu, saya cuma duduk diam. Sekali-sekala berbual dengan 2 orang pelancong UK yang menaiki gondola yang sama. Tidak berani menoleh ke belakang serta mengambil gambar. Tugas itu saya serahkan kepada suami saya. Sampai di stesyen teratas sekali, menggigil saya dibuatnya. Saya cuma merayau di sekitar stesyen, manakala suami dan anak-anak saya berjalan di jambatan gantung. Subhanallah, pemandangan dari atas sememangnya cantik, sungguh mengagumkan.

pantai kok

Jambatan gantung

Kakak bergaya di tempat paling tinggi

Adik pada mulanya takut, sudah berani dengan tempat tinggi

telaga tujuh

Suami mengusik saya, katanya apa yang takutnya...saya katakan cuma orang yang mengalami fobia ini yang memahami. Sememangnya saya masih mempunyai fobia ini tetapi, Alhamdulillah, adik nampaknya sudah hilang fobia di tempat tinggi ini setelah menaiki kereta kabel.

Tuesday, December 23

Langkawi - Kereta Kabel (1)

Hari Khamis, pagi-pagi lagi sudah bersiap-sedia ke tempat Kereta Kabel. Harga tiket RM28/dewasa dan RM18/kanak-kanak (3 - 12 tahun). Tetapi bagi warganegara Malaysia yang menunjukkan MyKad di kaunter, diskaun diberikan. Untuk kami 2 dewasa 2 kanak-kanak, harga yang perlu dibayar cuma RM40 sahaja.

Pintu masuk ke Kereta Kabel

Nasib tidak menyebelahi kami. Pagi itu, kereta kabel tidak dapat diaktifkan kerana angin agak kencang. Jadi kami bersiar-siar sekitar Animals Garden itu.


Saya membeli 2 paket makanan rusa. Anak-anak tidak berani untuk mendekati rusa, hanya saya dan suami "melayani" rusa makan.

anak rusa sedang bersantai

Jika berminat, boleh menunggang gajah

untuk anak-anak, pasti tidak melepaskan peluang bermain-main dengan arnab

jika tidak geli, anda boleh bergambar dengan ular sawa (dibelit dileher) seberat 20kg ini

Tumpuan utama, kaunter ke Kereta Kabel

Langkawi - Perjalanan

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat kembali dari bercuti-cuti Malaysia di Langkawi. Sungguh menakjubkan pemandangan-pemandangan pantai di sana. Jam 8.00 pagi Rabu kami bertolak ke Alor Star, terus tiket feri ditempah pada jam 11.30 pagi. Harga tiket - RM23/dewasa dan RM17/kanak-kanak bagi perjalanan sehala. 3 tahun lalu, harga tiket sekitar belasan RM sahaja. Bagi yang ingin menaiki feri perlu berada di Jeti 1/2 jam sebelum perjalanan. Perjalanan dari Kuala Kedah - Langkawi mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit bergantung kepada kelajuan feri yang dinaiki.

Chalet Langgura Baron di Pantai Chenang telah ditempah seawal mungkin kerana bimbang tiada tempat penginapan lantaran cuti sekolah. Kami dapat bilik yang berharga RM130/malam, berhampiran dengan pantai. Jika inginkan bilik yang betul-betul mengadap pantai, Chalet Mali Best lebih dicadangkan.

Dari segi makanan, harganya agak mahal berbanding harga di sebelah tanah besar. Jadi, jika bajet agak terhad, rancangkan apa yang hendak dimakan. Kami membawa stok biskut serta air mineral untuk anak-anak ketika bersiar di sekitar lokasi pelancongan. Adat kanak-kanak bila berjalan, mereka sentiasa ingin makan, jadi sediakanlah "bekalan" untuk mereka, agak menjimatkan.

Kereta sewa agak susah untuk diperolehi kerana kami tidak menempahnya dari awal. Hanya Vios sahaja dengan harga RM120/sehari.

Jeti Kuala Kedah

Jeti Langkawi

Pantai Chenang

Inilah kereta kami untuk 3 hari

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin