Tuesday, December 23

Langkawi - Perjalanan

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat kembali dari bercuti-cuti Malaysia di Langkawi. Sungguh menakjubkan pemandangan-pemandangan pantai di sana. Jam 8.00 pagi Rabu kami bertolak ke Alor Star, terus tiket feri ditempah pada jam 11.30 pagi. Harga tiket - RM23/dewasa dan RM17/kanak-kanak bagi perjalanan sehala. 3 tahun lalu, harga tiket sekitar belasan RM sahaja. Bagi yang ingin menaiki feri perlu berada di Jeti 1/2 jam sebelum perjalanan. Perjalanan dari Kuala Kedah - Langkawi mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit bergantung kepada kelajuan feri yang dinaiki.

Chalet Langgura Baron di Pantai Chenang telah ditempah seawal mungkin kerana bimbang tiada tempat penginapan lantaran cuti sekolah. Kami dapat bilik yang berharga RM130/malam, berhampiran dengan pantai. Jika inginkan bilik yang betul-betul mengadap pantai, Chalet Mali Best lebih dicadangkan.

Dari segi makanan, harganya agak mahal berbanding harga di sebelah tanah besar. Jadi, jika bajet agak terhad, rancangkan apa yang hendak dimakan. Kami membawa stok biskut serta air mineral untuk anak-anak ketika bersiar di sekitar lokasi pelancongan. Adat kanak-kanak bila berjalan, mereka sentiasa ingin makan, jadi sediakanlah "bekalan" untuk mereka, agak menjimatkan.

Kereta sewa agak susah untuk diperolehi kerana kami tidak menempahnya dari awal. Hanya Vios sahaja dengan harga RM120/sehari.

Jeti Kuala Kedah

Jeti Langkawi

Pantai Chenang

Inilah kereta kami untuk 3 hari

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin