Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Tuesday, December 29

Putrajaya




Jalan-jalan diteruskan ke Putrajaya, semata-mata ingin membawa mak dan mak saudara melihat pusat pentadbiran persekutuan.  Suami singgah bersolat jumaat di Masjid Besi.  Kami hanya bersiar-siar di sekitar perkarangan masjid supaya anak-anak tidak mengganggu jemaah bersolat jumaat.  Kata suami, suasana di dalam masjid besi cantik dengan aliran air terjun di dalamnya.


 
 perkarangan masjid besi


 

 
 
berlatarbelakangkan jambatan wawasan dan menara alaf baru


masjid besi berhampiran tasik putrajaya




berlatarbelakangkan menara alaf baru


LRT dan Monorel


Alang-alang berkunjung ke Kuala Lumpur, tidak dilepaskan untuk menaiki LRT dan Monorel.  Dahulu ketika saya masih bekerja di Kuala Lumpur, LRT merupakan pengangkutan awam yang selalu digunakan.  Ketika kakak masih kecil, kami juga pernah membawanya menaiki monorel.  Adik belum pernah lagi merasa pengalaman menaiki pengangkutan awam ini.  Adik agak ketakutan untuk menaiki platform monorel yang agak tinggi.



platform Titiwangsa


pemandangan yang amat menarik dari bahagian hadapan monorel


kakak dan sepupunya agak ketakutan ketika monorel melalui selekoh

Destinasi ketika itu ke Berjaya Times Square untuk ke Taman Tema di sana.  Tiga jam dihabiskan di sana untuk mencuba segala macam permainan yang ada untuk kanak-kanak.

Monday, December 28

Taman Permainan


Resamnya kanak-kanak, ke mana pergi, pasti ditanya taman permainan.  Kunjungan ke Taman Tasik Titiwangsa sangat mengembirakan mereka.  Puas mereka berlari di sekitar taman permainan yang besar itu.  Sambil-sambil menemani anak-anak bermain, ada disediakan juga alatan senaman untuk bersenam di situ.  Saya percaya, ibu ayah dan anak tentu suka!


 





pelbagai alatan senaman disediakan, seakan mini gimnasium di situ





Ke sana ke mari anak-anak berlari untuk mencuba setiap permainan yang terdapat di situ.  Saya pula yang teruja melihat mereka bermain.

Hiburan anak-anak

Selesai makan di restoran Mukmin, kami berkunjung ke Giant Shah Alam.  Kata kakak saya, ada "Taman Arnab" di bahagian luar Giant.  Teruja benar mereka apabila dapat bermain dengan arnab. 



 

 



Cukuplah sekadar bermain di situ saja, untuk membelanya, tidak mungkin!

Sunday, December 27

Jalan-jalan Cari Makan


Pada hari Jumaat sempena Tahun Hijrah, saluran televisyen memaparkan beberapa restoran yang dimiliki oleh Cina Muslim.  Peluang berkunjung ke rumah kakak baru-baru ini, kesempatan diambil untuk berkunjung ke salah sebuah restoran yang dipaparkan.  Selepas anak-anak puas berendam di Wet World Shah Alam, destinasi seterusnya ke Restoran Mukmin di Seksyen 19 Shah Alam berhampiran hotel De Palma dan Salam Poliklinik.


hadapan kedai


suasana di dalam kedai

Salah satu minuman asli yang dibuat dari campuran buah longan, kundur dan gula merah (Luo Han Guo) juga dihidangkan di sini.  Rasanya agak menyegarkan.  


Luo Han Guo, kedondong (amra) asam boi  dan tembikai




  Hot Plate Mee


  Nasi daging Kam Heong (rasanya masam dan pedas)


Kung Fu Yee Mee (kegemaran saya)


Japanese To Fu

Bagi penggemar Chinese Food seperti saya, kewujudan restoran-restoran sebegini yang halal dan menyakinkan amat dinanti-nantikan.  Di sebelah utara, restoran sebegini agak susah kedapatan, dan yang selalu didengari, kawasan lembah kelang menjadi tumpuan bagi pengusaha restoran ini. 

Kesimpulannya, makanan yang dihidangkan di sini adalah sedap dan pastinya jika saya berkesempatan ke rumah kakak saya, saya akan ke restoran ini lagi hehehe.

Sunday, August 24

Rindu

Beberapa minggu lepas, asyik teringatkan rakan-rakan di pejabat tempat kerja lama saya. Entah kenapa, hati menjadi rindu ingin berjumpa mereka. Memandangkan hari Selasa tiada agenda yang khusus, saya mengajak suami ke pejabat itu. Sudah lama sejak saya menjejakkan kaki di sana. Ketika itu kakak baru berusia beberapa bulan. Sekarang sudah 6 tahun! Bermakna hampir 6 tahun saya tidak bertemu dengan rakan-rakan sekerja saya dahulu.

Masih ada beberapa orang yang masih dikenali wajah dan nama. Kemesraan mereka tetap sama, walaupun sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Yang lain-lain, masuk selepas saya meninggalkan pejabat itu. Entah bila saya akan bertamu di sana lagi.

Permohonan yang pada mulanya ingin mencuba nasib - kakak juga yang menggesa saya (kerana iklan memerlukan seseorang yang berpengalaman - sedangkan saya baru bergelar graduan). Peristiwa pergi ke temuduga dengan tempat yang tidak diketahui, saya hampir-hampir berputus asa, ditambah dengan hujan lebat. Namun, hati bagai ditarik supaya mencari tempat itu untuk kali terakhir. Alhamdulillah, sampai juga ke sana dalam keadaan basah kuyup! Ya, dan saya masuk ke bilik temuduga dalam keadaan basah kuyup! Hehehe...malu jangan cerita. Namun, saya mengadap 5 orang penemuduga dengan yakin. Dan Alhamdulillah, dah memang tertulis rezeki saya di situ untuk 5 tahun 4 bulan berikutnya. Balik ke rumah, bercerita dengan kakak, jenuh dia gelakkan saya....hehehe.

Saya banyak menimba pengalaman di sini. Ilmu baru, melayan kerenah manusia, kerenah birokrasi, dan pelbagai lagi yang mematangkan saya. Juga peristiwa-peristiwa yang berkait dengan emosi, kesemuanya ketika saya bekerja di situ. Walaupun ketua jabatan saya bukan seagama, namun beliau tidak menghalang saya untuk menunaikan kewajipan saya sebelum memulakan sesuatu kerja yang diarahkannya. Alhamdulillah!

Di sana juga saya mengenali seorang insan yang lebih berupa kakak kepada saya. Banyak kisah suka-duka yang dikongsi bersama dengannya. Sehingga kini, kami masih berhubungan dan setiap perkembangan terkini akan disalurkan melalui email atau sms atau telefon. Jika ke KL dan berkesempatan, saya akan berkunjung ke rumahnya.

terima kasih kak di atas layanan mesra akak walaupun sibuk dengan tugas-tugas pejabat

MAHA 2008

Hari Isnin berpeluang pula ke MAHA 2008. Perjalanan ke Serdang mengambil masa hampir 1 jam. Sampai di sana sekitar jam 11 pagi. Alhamdulillah,

orang masih belum begitu ramai, cuma tempat meletak kereta agak jauh dari pintu masuk. Hendak menaiki tram, barisan orang untuk menaikinya agak ramai, jadi, kami berjalan kaki sahaja. Exercise jalan kaki lah nampaknya. Kebetulan pula hujan renyai-renyai.

Beli pas untuk menaiki tram, RM1/seorang. Naiklah ke mana-mana, sehari suntuk pun tidak mengapa. Destinasi pertama kami, ke tempat haiwan ternakan.
adik - berbaju merah, takut-takut menyorok di belakang kakak saudaranya

adik masih takut-takut hendak mengusap kambing

Kebetulan gajah dan unta sedang direhatkan, jadinya hanya sempat menaiki kuda. Bayarannya RM3 seorang. Kemudian, bermain pula dengan arnab, lagi bayarannya RM3 seorang. Bayangkan lah kalau datang beramai-ramai, berapa RM yang terbang! Hehehe...

kakak dan sepupunya sedang menaiki kuda

melayan arnab. Kekenyangan lah arnab-arnab itu dibuatnya kerana ramai yang hendak memberi makan

kakak saja yang berani pegang arnab begini

Kemudian ke tempat sajian makanan popular dari pelbagai negeri. Hmm... orang p.pinang, tetap mencari makanannya... kami menjamah laksa penang serta tidak sah ke KL jika tidak pekena satay Kajang kan!

Penat dan letih, singgah sekejap di gerai tumbuh-tumbuhan. Sempat juga lah mak beli sepohon pokok limau nipis tak berbiji. Di dalam kereta dalam perjalanan balik, masing-masing lena keletihan, kecuali pak cik yang memandu kereta!

Tersangat luas kawasan MAHA itu. Kami tidak habis 'tawaf' pun walaupun berada di sana hampir 4 jam!

Saturday, August 23

Berendam!

Hari Ahad, agenda seterusnya ke Wet World, Shah Alam. Seronok la anak-anak bila dapat berendam di dalam kolam renang serta bermain dengan slide air. Hmmm.. umi, abah, pak cik dan cik pun seronok sama...hehehe.


pak cik yang teramat rajin melayan anak-anak buahnya

Lebih kurang 4 jam di dalam sana. Hmm... lama ke? Tapi memang menyeronokkan melayan anak-anak bermain di dalam kolam. Balik masing-masing keletihan. Tetapi tidak bagi kakak dan anak saudara, masih boleh bermain lagi di rumah! Aduh...aktif sungguh anak itu!

Sambutan bagai VIP

Hari Sabtu minggu lepas, kami sekeluarga, mak dan anak saudara bertolak ke K.Lumpur. Tujuan utamanya untuk menghadiri walimah anak rakan lama di Ampang. Alhamdulillah, sampai di rumah kakak sekitar jam 1.30 petang. Sempat berehat untuk seketika sebelum bertolak ke walimah tersebut.

Sesampai kami di Ampang, kami disambut dengan baiknya oleh rakan lama saya. Layanannya bagai VIP..terharu kami dengan layanan yang sebegitu. Tentunya beliau merasa sungguh terharu dengan kehadiran kami, jauh dari utara...hehehe...perasan sendiri ye. Bersembang sekejap untuk mengetahui perkembangan masing-masing, kami pun mengundur diri dengan ole-ole yang berbagai.

Terima kasih, En. Fudzil dan Kak Umi di atas jemputan dan layanan mesra yang kami terima.

Wednesday, July 23

Day 2 : KL (Part 2)

Bayaran untuk mengikuti mini teater "active universe" cuma RM2. Ada pelbagai pertunjukan mengikut waktu yang ditetapkan.


kakak dan adik amat teruja dengan "angkasawan"...

replika kapsul

Selepas ke planetarium, kami bergerak ke masjid negara. Nasib agak baik, ada pemandu teksi yang sudi mengambil kami. Dan yang paling terharu, beliau tidak mengambil tambang teksi untuk sampai ke masjid. Berulang kali kakak cuba bayar, tetapi beliau enggan. Terima kasih ye...kami tak sempat menanyakan nama pemandu teksi yang baik hati itu. Rupanya beliau juga ingin singgah di masjid untuk menunaikan solat zohor. Hmm... dalam hati berbisik...masih ada lagi seorang insan yang berhati mulia seperti beliau.


Selesai menunaikan solat, bergerak pula ke muzium kesenian islam. Di sini tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar pun. Berbagai bangunan masjid serta artifaks yang dipamerkan di situ.


Sempat juga menghabiskan masa di tempat-tempat menarik di KL untuk sehari. Malamnya, berehat saja untuk mengembalikan tenaga untuk bergerak ke destinasi lain.

Day 2 : KL (Part 1)

Selepas ke Hari Keluarga di Taiping, dalam jam 6, selesai mandikan mek2 berdua, kami bertolak ke rumah kakak.

sudah mandi

Sampai di sana lebih kurang jam 9. Letih-letih, kakak dah sediakan makanan yang sedap..yum yum..mee rebus dan nasi serta kuah asam pedas (tak de gambar le ye..). Agaknya sebab lapar dan letih, lupa semua...he he he.

Keesokan harinya, hari kedua, sempat melawat planetarium negara. Sebenarnya, ini kali ketiga baru dapat masuk. Pertama, sebab planetarium dah hampir tutup dan kali kedua, memang tutup terus (hari isnin tutup ye)

Dua angkasawati cilik

mula-mula takut nak cuba

dari tempat pemerhatian

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin