Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Monday, June 4

Kota Bharu - mencanting batik

Tidak mencanting sebenarnya, lebih kepada menconteng saja.  Anak-anak (umminya juga) teruja untuk mencuba mewarna lukisan batik yang telah siap.  Boleh juga dicuba melukis (mencanting) di kain, tetapi memandangkan masa kami kian suntuk untuk bertolak ke tempat lain, kami memutuskan untuk mewarna saja lukisan bunga yang telah siap dicanting.



begini caranya...

mula-mula ok

pak cik menunjukkan lagi cara mewarna



ummi pun apa lagi, mengasah bakat terpendam

di sini

"macam nilah..."

macam-macam warna


hampir siap

final touch

menunggu kering

lilin dan peralatan mencanting

Inilah hasilnya...



Destinasi kami yang terakhir kami di Kota Bharu adalah rumah sahabat lama yang telah berpindah ke Kelantan.  Hampir sejam kami bertukar-tukar khabar berita sebelum kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu pula.


bersambung - Kuala Terengganu (Taman Tamaddun Islam)

Sunday, June 3

Kota Bharu - Pasar Siti Khadijah & Muzium

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah serta pelbagai jenis muzium sangat berhampiran dengan hotel yang kami duduki.  Hari terakhir kami di Kota Bharu, tempat-tempat ini saja yang menjadi tempat singgah.  Itupun peluh membasahi baju dengan cuaca panas terik.  

kebosanan

ubat bosan

lihat-lihat saja

baju bercop Kelantan

Puas menepis pujukan peniaga yang menyuruh saya memborong kain-kain ela untuk dijual.  Saya bukan orangnya yang appreciate batik sutera (malas untuk mengurusnya) dan lebih suka kain biasa bercorak batik yang senang untuk diseterika (jimat - kata hati en. suami ^_^ ).

salak

Nona

sikit saja yang dibeli (^_^)

Selepas mencuci mata, mencuci minda pula.  Beria-ia anak-anak mengajak ke muzium, padahal, di dalam muzium, mereka hanya pusing sekali lalu saja.  Mereka hanya berminat ketika di Istana Jahar saja, muzium lain, tidak berapa sesuai dengan umur mereka.  Memorial Perang lebih sesuai untuk anak-anak di peringkat menengah yang sudah belajar selok-belok kependudukan Jepun di Tanah Melayu.


Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan (Istana Jahar)


Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan.  Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang.  Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara.  Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu (sumber).

Bayaran masuk adalah RM2/dewasa dan RM1/kanak-kanak dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat.  Anak-anak teruja melihat bilik-bilik diraja yang dihiasi dengan peralatan untuk sesuatu upacara diraja.  Sayangnya, di dalam muzium ini tidak dibenarkan untuk mengambil gambar (saya yang menurut perintah ^_^).





replika istana





perahu diraja

balai senjata


Memorial Perang (Bank Kerapu)

Bangunan ini merupakan bank yang pertama yang dibuka di Kelantan.  Bangunan ini digelar Bank Kerapu kerana permukaan dindingnya yang kasar dan menggerutu. 

Bermula pada tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai memorial peringatan Perang Dunia II yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar, artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia, sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini (sumber).

Bayaran masuk adalah RM1/dewasa dan RM0.50/kanak-kanak.



Muzium Kraftangan

Muzium Kraftangan (Balai Getam Guri) terletak dalam Kornpleks Kampung Kraftangan. Bangunan muzium ini adalah sebahagian daripada bangunan Kampung Kraftangan yang diperuntukan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan dijadikan Muzium Kraftangan. Keluasannya ialah 5 1.52 meter persegi dan 9.39 meter lebar. Muzium ini terletak di pusat bandar Kota Bharu, dalam kawasan Zon Budaya, Bangunan ini juga letaknya berhampiran dengan 'Pasar Buluh Kubu " yang terkenal itu. Perjalanan dari Muzium Kraftangan ke pusat bandar Kota, Bharu adalah lebih kurang 0.5 kilometer (sumber). 

Bayaran masuk adalah RM1/dewasa dan RM0.50/kanak-kanak.




Berhampiran muzium ini, terdapat gerai cenderahati kraf seperti batik dan lukisan untuk dicuba oleh pengunjung.

Bersambung - mencanting batik

Saturday, June 2

Kota Bharu - Masjid Kg. Laut



Berpusing-pusing kami mencari Masjid Kg. Laut yang dikatakan masjid tertua di Malaysia ini yang  kini terletak di Nilam Puri.  Ianya tidak dapat dikesan oleh GPS (ketika itu) dan papan tanda juga tidak kelihatan untuk mengarahkan kami ke sana.  Setelah mendapat kepastian dari seorang sahabat di Kota Bharu, barulah kami menghala mengikut jalan yang betul.  Ini lokasi koordinatnya (saya katakan alamat satelit) :

E: 102* 14' 28.1" 
N: 6* 1' 38.3"
(* untuk darjah)

Ianya terletak bersebelahan dengan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra serta di seberang jalan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri.  

Dari sumber Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan mubaligh melalui pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand Selatan ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di Kampung Laut, Tumpat.









Saya sendiri tidak tahu kewujudan masjid tertua ini jika tidak diberitahu oleh en. suami.  Dia terlihat maklumat masjid ini di dalam makalah yang terdapat di dalam bilik hotel kami.

(Gambar hasil kombinasi kamera EOS 1000D serta IXUS 105)

Sambungan - Pasar Siti Khadijah dan segala jenis Muzium!

Friday, June 1

Kota Bharu - Rantau Panjang

klik untuk besarkan imej (google map)

Perjalanan sejauh 330 km melalui Grik, Jeli, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu yang mengambil masa selama 6 jam.  Kami tiba di hotel ketika matahari hampir melabuhkan tirai.  Pada malam itu, kami hanya berjalan-jalan sekitar hotel mencari tempat makan malam saja, makanan yang 'biasa-biasa' saja, tetapi agak mahal!

"kami di sini"

posing dulu sebelum jalan-jalan


kecewa tidak dapat mandi kolam! (^_^)

Destinasi pertama kami, Pantai Cahaya Bulan, sekadar ingin meninjau-ninjau kawasan saja.  Kami menikmati ABC di sana, pertama kali menikmati ABC di dalam gelas besar, kebiasaannya, di dalam mangkuk.



Sekadar ingin melawat, kami ke Rantau Panjang, destinasi yang dikatakan syurga membeli-belah.  Kami bergantung kepada 'pemandu pelancong' yang tidak boleh dipercayai 100% ini untuk tiba di Rantau Panjang (nanti saya ceritakan pengalaman menggunakan GPS).



Kami singgah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing)  yang senibinanya bercirikan senibina Cina.  Sangat menarik.  Ianya menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China (sumber)



ruang solat muslimat

Pengunjung mesti mencuba Aiskrim Baba ini yang dijual di perkarangan masjid... aiskrim homemadenya melapisi kek span, jeli dan pulut.  Di atas aiskrimnya pula diletakkan jagung dan kacang. Tidak lemak seperti aiskrim biasa, nyaman!



    
RM2 sahaja



 

Kami balik dengan tangan kosong saja petang itu, tiada periuk, pinggan mangkuk, makanan atau kain baju. Sekurang-kurangnya kami sudah melihat bagaimana keadaannya di Rantau Panjang itu.  Ketika melepasi pemeriksaan kastam, pegawai kastam itu hanya tersenyum apabila kami beritahu tidak beli apa-apa!

Pekan Rantau Panjang
- bersambung - Masjid Kg. Laut

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin