Friday, June 1

Kota Bharu - Rantau Panjang

klik untuk besarkan imej (google map)

Perjalanan sejauh 330 km melalui Grik, Jeli, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu yang mengambil masa selama 6 jam.  Kami tiba di hotel ketika matahari hampir melabuhkan tirai.  Pada malam itu, kami hanya berjalan-jalan sekitar hotel mencari tempat makan malam saja, makanan yang 'biasa-biasa' saja, tetapi agak mahal!

"kami di sini"

posing dulu sebelum jalan-jalan


kecewa tidak dapat mandi kolam! (^_^)

Destinasi pertama kami, Pantai Cahaya Bulan, sekadar ingin meninjau-ninjau kawasan saja.  Kami menikmati ABC di sana, pertama kali menikmati ABC di dalam gelas besar, kebiasaannya, di dalam mangkuk.



Sekadar ingin melawat, kami ke Rantau Panjang, destinasi yang dikatakan syurga membeli-belah.  Kami bergantung kepada 'pemandu pelancong' yang tidak boleh dipercayai 100% ini untuk tiba di Rantau Panjang (nanti saya ceritakan pengalaman menggunakan GPS).



Kami singgah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing)  yang senibinanya bercirikan senibina Cina.  Sangat menarik.  Ianya menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China (sumber)



ruang solat muslimat

Pengunjung mesti mencuba Aiskrim Baba ini yang dijual di perkarangan masjid... aiskrim homemadenya melapisi kek span, jeli dan pulut.  Di atas aiskrimnya pula diletakkan jagung dan kacang. Tidak lemak seperti aiskrim biasa, nyaman!



    
RM2 sahaja



 

Kami balik dengan tangan kosong saja petang itu, tiada periuk, pinggan mangkuk, makanan atau kain baju. Sekurang-kurangnya kami sudah melihat bagaimana keadaannya di Rantau Panjang itu.  Ketika melepasi pemeriksaan kastam, pegawai kastam itu hanya tersenyum apabila kami beritahu tidak beli apa-apa!

Pekan Rantau Panjang
- bersambung - Masjid Kg. Laut

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin