Showing posts with label diri. Show all posts
Showing posts with label diri. Show all posts

Tuesday, May 26

Zaman Kanak-kanak

Apabila terkenangkan zaman persekolahan ketika masih kanak-kanak, saya akan tersenyum sendiri. Terlalu banyak kenangan yang bersemadi di dalam diri dan ada yang masih segar di ingatan seolah-olah peristiwa-peristiwa ini masih baru berlaku semalam. Antara kenangan yang masih segar di ingatan saya ialah ketika penyampaian hadiah Darjah 4 di SKSP. Pada hari penyampaian hadiah tersebut, saya dan rakan-rakan turut membuat persembahan lakonan di dalam Bahasa Inggeris. Saya melakonkan watak sebagai Perdana Menteri/Bendahara yang cuba menyelesaikan kes kecurian.

barisan para pelakon yang menjayakan drama pendek

sewaktu berbaris untuk menerima hadiah

Alhamdulillah, melalui rangkaian internet saya dapat berhubung semula dengan rakan-rakan sekolah rendah saya.

Thursday, May 21

1 Tahun

Diam tak diam, sudah setahun blog ini diwujudkan. Saya mula menyiapkan blog yang dibuka kepada umum ini pada Mei tahun lepas. Asalnya, saya memulakan dunia blog pada Januari 2008 dengan alamat ini : hahmat.blogspot.com, dan hanya dibuka kepada ahli keluarga serta teman terdekat. Setelah mendapat kekuatan untuk berkongsi dengan masyarakat umum, maka blog ini diwujudkan dan hanya peristiwa-peristiwa tertentu yang dapat dikongsi dengan masyarakat di luar sana.

Selamat Ulangtahun pertama Blog hahmat73.blogspot.com!

Wednesday, January 21

Mendung...


3, 4 hari ini saya agak "mendung", diserang selesema dan batuk. Tidaklah seteruk mana, tetapi "mood" menjadi tidak menentu, mungkin disebabkan ubat selesema/batuk yang menyebabkan mengantuk atau...kerana terlalu fikirkan tugasan saya yang masih belum selesai. Rasanya kedua-duanya... hehehe. Cuma kena tetapkan di dalam fikiran, moga-moga Allah permudahkan segala urusan saya. Selalu teringatkan doa ini "Rabbi Yasir wa la tuassir" (Ya Allah permudahkanlah dan janganlah Engkau susahkan) tidak kira ketika memandu atau ketika melakukan apa saja.

Monday, January 5

Bagaimana?

Perjalanan disertasi saya insyaAllah, lancar dan dijangka tamat pada Mei/Jun ini jika tiada aral melintang. Ketika mengakhiri pertemuan dengan penyelia saya, beliau mengutarakan lagi cadangan untuk menyambung ke peringkat PhD...hmm.... masih lagi berfikir mengenainya.

1) Tadi pagi ketika masuk ke pejabat, terdengar berita beberapa teman yang memohon biasiswa untuk peringkat PhD telah berjaya.

2) Sahabat ketika sama-sama membesar di sekolah rendah dan menengah juga akan memulakan pengajian PhD tidak lama lagi.

Haiii... tiba-tiba semangat jadi berkobar-kobar semula kerana ramai kawan-kawan yang seangkatan telah mengambil langkah permulaan. Bagaimana dengan saya? hehehe...

Friday, October 10

Sakit Kepala

Seharian ini kepala terasa berdenyut. Hendak dilayan, nanti makin menjadi sakit kepala ini. Dibiarkan saja, makin terasa berat. Adakah kerana power mata sudah bertambah? atau kerana panas? Entahlah... tadi sebelum asar sudah telan ubat. Tekanan darah biasa saja, cuma denyutan agak tinggi, 92. Jika terus berbaring, kerja-kerja tidak menjadi. Biarkan saja! InsyaAllah, nanti hilanglah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin