Showing posts with label alor star. Show all posts
Showing posts with label alor star. Show all posts

Tuesday, March 16

Kandid...


Aksi anak-anak ketika berkumpul untuk meraikan mak saudara mereka. 



"Buat apa tu pak long?"


Auni

Auni dan Ajwa

Auni

Ajwa suka ketika saya mengambil gambarnya

"Yumm.... cedapnya..."

Monday, March 15

Tahniah Adik Iparku II

Alhamdulillah, segala-galanya sudah selesai.  Kenduri di kedua-dua belah pihak telah selamat berlangsung. 


Saya amat menggemari kedua-dua gambar ini.  Antara gambar "terbaik" yang mampu saya ambil dengan kamera Canon A550 saya. Hehehe...

Adik bongsu bersama pengantin (kakak ke-3)



Ketibaan rombongan pengantin lelaki




Rombongan dari pihak lelaki


Perkahwinan adik ipar saya bukan saja menyatukan dua keluarga, tetapi juga menyatukan dua bangsa.  Masih belum cukup "korum" 1Malaysia.


keluarga biras

Mak ayah bersama pengantin

Adik-beradik pengantin perempuan bersama sebahagian anak buah


Majlis bertandang


keluarga pihak lelaki dan perempuan

Sunday, March 7

Kanak-kanak Ribena

Anak-anak paling teruja apabila ingin pulang ke Alor Star.  Peluang berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka dimanfaatkan sebaik mungkin, apalagi, aktiviti bermain lah.  Sampai-sampai saja di depan pintu rumah, sudah ingin bermain.  Sehinggakan ingin tidur juga bersama-sama.  Itu belum termasuk anak adik ipar yang berada di KL.  Jika berkumpul bersama-sama, riuh-rendah dengan suara mereka sahaja.

 Adik dan Aisya, lahir pada tahun yang sama, berlainan bulan


 
Adik dan Ajwa (1 tahun)

Ajwa inilah di dalam buaian yang hampir benar dengan ular tempohari

Aufa (3 tahun) yang pemalu.  
Sehingga sekarang masih malu-malu dengan mak saudara dan bapa saudaranya


Saturday, March 6

Tahniah Adik Iparku



Fairuz & Shamsudin

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.

Alhamdulillah, adik ipar saya telah selamat dinikahkan dengan jejaka pilihannya pada hari Jumaat, 19 Rabi'ul Awal 1431H bersamaan dengan 5 Mac 2010.  Alhamdulillah, dipermudahkan juga urusan kami untuk pulang kerana kakak yang sepatutnya bersekolah petang, mempunyai program Maulidur Rasul di sekolahnya di sebelah pagi.  Selesai solat Jumaat, kami bertolak balik ke Alor Setar untuk menghadiri majlis adik ipar saya yang dijadualkan selepas asar.

Gambar-gambar pilihan sepanjang majlis akad nikah ini untuk tatapan adik-adik ipar "jauh" yang tidak dapat pulang pada hari tersebut.
  
bersama mak

dalam debaran agaknya...

menyerahkan tugas wali kepada imam

persetujuan dari pengantin perempuan, tandatangan surat nikah

Di Pulau Pinang (ketika saya dahulu), pengantin perempuan tidak perlu menandatangani surat nikah, hanya pengantin lelaki sahaja.


 pengantin lelaki di'interview' oleh tok imam

 Sebelum memulakan majlis akad nikah, pengantin lelaki diminta istighfar serta ditanya dengan soalan-soalan asas seperti rukun iman dsbnya.

aku terima nikahnya...

Alhamdulillah... selesai akhirnya

lafaz taklik oleh pengantin lelaki


Sedikit jamuan untuk rombongan pihak lelaki






Tahniah Fairuz.  Semoga ikatan yang terbina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahkan dengan Mawaddah dan RahmahNya selalu.  Hiasilah rumahtangga kalian dengan sabar dan bertolak-ansur. InsyaAllah, semoga Allah melindungi rumahtangga ini.

Tuesday, February 16

Ular senduk

Tengahari ketika saya dan mertua di dapur kedengaran kekecohan di ruang tamu rumah.  Rupa-rupanya ular senduk sudah berada di dalam rumah.  Kedudukannya hampir benar dengan buaian yang dinaiki oleh Ajwa, anak saudara saya.  Kehadirannya disedari oleh Aufa, kakaknya yang berusia 3 tahun yang sedang berbaring berhampiran buaian.  Dia menunjukkan kepada mamanya sambil bertanya apa benda itu.  Dengan panik, adik ipar menarik buaian berkenaan.  Ketika itu, ular itu sudah mengembangkan kepalanya hampir benar dengan kepala Ajwa di dalam buaian.  Suami yang berada berhampiran memberitahu adiknya supaya jangan panik kerana bimbang pergerakan yang mendadak akan menyebabkan ular itu juga "panik".  Saya lihat muka adik ipar sudah pucat lesi. 

Ular yang masuk ke dalam rumah jangan terus dibunuh kerana dibimbangi ianya adalah jelmaan jin.  Akhirnya kami mengambil keputusan menelefon Jabatan Pertahanan Awam melalui nombor kecemasan 999 untuk mengendalikan ular itu kerana sudah tentu mereka arif di dalam hal ini.  Inilah pertama kali mereka dipanggil.










ular sepanjang hampir 1 meter

Alhamdulillah, dengan kepakaran yang mereka ada, hanya beberapa minit, ular senduk jantan itu berjaya ditangkap. Katanya akan dihantar ke Perhilitan.  Baguslah, sekurang-kurangnya ular itu mempunyai habitat yang sesuai untuknya dan tidak akan kembali ke rumah kediaman sesiapa sahaja. 

Ketika hendak dimasukkan ke dalam karung, saya lihat mulut mereka seperti membaca sesuatu.  Agaknya ada doa yang dibaca untuk menjinakkan ular berkenaan.

Ini sedikit artikel yang saya "google" untuk pengetahuan semua :

dari blog : http://ceritaabi.blogspot.com/2008/06/mystery-og-anaconda.html

Apa yang nak saya kongsikan ilmu di sini ialah apabila berhadapan dengan situasi seperti ular berada dalam rumah. Apa yang nak dibuat ??ikutilah beberapa tips ini:-
 

1) jangan sesekali membunuh ular tersebut, ditakuti ianya adalah jelmaan jin. Jika dibunuh akan timbul kemarahan daripada kaum kerabatnya.

2) cuba halaunya supaya keluar daripada rumah itu dengan kata-kata kita seperti "tolong keluar daripada rumah ini kerana rumah ini sudah ada penghuni'. cuba halau sebanyak 3 x. Jika ianya adalah jelmaan jin nescaya ia akan lari kerana takut dibunuh.


3) keluarkan kata-kata kepadanya seperti "jika kau tak lari aku akan bunuh kau".


4) sambil menghalaunya keluar, bacakanlah ayat kursi kerana jika ular tersebut adalah jin nescaya ia akan lari.


5) Jika ular tersebut tidak lari, maka kita bolehlah membawanya keluar daripada rumah itu seperti meminta orang lain supaya menangkapnya. Lalu bolehlah kita membunuhnya atau lepaskannya...

Sunday, October 12

Kenduri Itu

Alhamdulillah, Azma sudah selamat menjadi isteri. Azma kelihatan manis dengan baju putih berkain biru muda. Tahniah Azma. Semoga jodoh kalian sentiasa diberkati Allah serta dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah. Memandangkan Azma akan melanjutkan pelajaran lagi, serta Azma seorang pencinta ilmu, saya hadiahkan buku kepadanya. Semoga Azma beroleh manfaat dari tips-tips yang diberikan. Dan sungguh menarik, cenderahati untuk tetamu, adalah sebuah kompilasi puisi yang ditulis beliau serta sebuah buku matsurat kecil yang amat berharga.

hadiah untuk Azma

Azma agak terkejut apabila diberitahu yang kami mempunyai talian persaudaraan. Hehehe.. tak begitu Mak... (apa ye panggilannya?). Mak mertua memperkenalkan si polan itu si polan ini sebagai saudara. Iskh..dapat ke saya ingat? Saya rasa, jika berjumpa sekali lagi, saya tidak akan ingat lagi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin