Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Tuesday, March 29

Yang banyak berjasa

 (f2.8, 1/15 sec, 70mm)

Walaupun ada sedikit kecacatan, namun ianya tetap menjadi pujaan hati ku...

Monday, March 21

Wajah-wajah @ Alor Setar

Biarlah gambar-gambar ini bercerita...

3 bunga di Taman Che Teh 
(28mm, 1/30sec, f2.8)

 Baby sitter
(f2.8, 1/50 sec, 42mm)

 khusyuk
(f2.8, 1/13 sec, 70mm)

 bancuh susu ke adik?
(f2.8, 1/50 sec, 70mm)

 (f2.8, 1/50 sec, 56mm)

 sayang adik...
(f2.8, 1/15 sec, 45mm)

 ini apa?
(f2.8, 1/10 sec, 49mm)
 
budak merajuk...
(f2.8, 1/640 sec, 28mm)

Monday, November 29

Bekas pelbagai guna


Hobi baru ini semakin mendapat tempat di hati saya setelah pertama kali berjaya melakukannya.  Kali ini, idea datang untuk mempelbagaikan kegunaan bekas yang pada asalnya untuk meletakkan pensil/pen.  Hasilnya tidak mengecewakan.  Jika ada yang berminat untuk customized bekas pensil, beritahulah.  InsyaAllah, saya cuba melakukan dengan kos yang berpatutan.

 belum dihias lagi


corak english


boleh juga digunakan sebagai bekas gubahan bunga



tema bunga juga


bunga segar dari cik abang yang dikeringkan kenangan di hari konvo diletakkan di dalam bekas ini


bunga segar dari mak dan anak-anak juga dikeringkan


Wednesday, October 20

Hanya gambar... Testing gambar (4)

20.10.2010

(f/25, 1sec, ISO - 100)

 ikan keli?

 pokok dan buah keranji


 laluan kehijauan - Taman Belia

 hush... garangnya dia.... (photo by en. suami)

 mercu tanda yang kian dilupakan - KOMTAR

komen sifu : "gambar ni semua menjadi,laluan tmn tu try kurangkan f stop agak2 sekitar 6.3 atau 7.1"

Wednesday, May 13

Koleksi

Seingat saya, saya memulakan koleksi poskad ketika saya sedang menuntut di luar negara. Poskad dari pelbagai negeri menjadi kegilaan saya ketika itu. Sekarang ini, apabila sepupu yang berada di Tasmania mencadangkan agar diwujudkan kelab poskad, saya tidak melepaskan peluang. Ahli-ahli kelab poskad ini setakat ini adalah 6 orang termasuk saya, 3 di Malaysia, seorang di Bangkok, seorang di Netherlands dan seorang lagi di Tasmania.

Dengan semangat yang berkobar-kobar, saya sudah membeli sebuah album untuk memuatkan koleksi poskad-poskad yang saya ada. Inilah sebahagian poskad itu.


Poskad gambar lama yang dibeli di Muzium Kesenian Islam


Universiti tempat saya belajar dahulu


Grand Canyon dan Arkansas


Poskad yang diberi oleh sepupu (Tasmania)


Sebahagian poskad yang diterima dari Bangkok dan Netherlands, anak-anak paling teruja dengan poskad Tasmanian Devil yang unik ini

Thursday, February 5

Kamera

Saya AMAT cemburu melihat gambar sebegini cantik....

atau ini


Saya suka mengambil gambar pemandangan atau bunga-bungaan. Kalaulah saya ada kamera DSLR... hmm...berangan saja lah. Yang sedia ada sekarang ini pun


cuma pandai pakai mode auto saja...hehehe.

Bukan apa, saya rasa terkilan kerana ada kursus fotografi yang ditawarkan di sini untuk kakitangan, tetapi tidak dapat mengikutinya kerana ada kursus lain yang "lebih" penting yang ingin saya hadiri (satu masa nanti, saya akan mereleasasikan juga hobi saya ini, InsyaAllah.)

Sejarah kamera saya bermula (kalau tidak silap saya) ketika saya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Penilaian Darjah Lima (ketika itu). Apabila ditanya tentang hadiah, saya memberitahu saya inginkan sebuah kamera. Itulah kali pertama saya memiliki sebuah kamera. Seronoknya bukan kepalang. Habis sekitar rumah diambil gambar! Tetapi ketika itu, kamera harus diisi dengan filem dan untuk dilihat hasilnya, harus dihantar ke kedai untuk diproses. Ahhh...satu proses yang agak lama! Sekarang, ambil saja, boleh dilihat hasil dengan segera dan boleh dipilih untuk dicuci dengan kamera digital.

Ketika melanjutkan pelajaran, saya tidak lagi menggunakan kamera itu. Saya memiliki (buat pertama kali) sebuah kamera yang berjenama - Canon. Gambar-gambar yang diambil cukup cantik dengan kamera ini. Dengan kamera inilah saya mengambil gambar-gambar saya dan pemandangan dan dikirimkan kepada keluarga saya di kampung. Sesudah bekerja, saya masih lagi memakai kamera tersebut yang masih lagi menggunakan filem sehinggalah ianya rosak.

Kamera selanjutnya sudah berubah teknologi. Kamera digital Canon Powershot A450 menjadi pilihan kerana harganya agak berpatutan ketika itu. Jika tidak kerana insiden saya memecahkan skrin LCD nya, kemungkinan saya masih lagi memakai kamera tersebut...hehehe. Sekali sekala kakak akan mengambil gambar menggunakan kamera tersebut, tanpa melihat hasilnya di skrin, umpama mengambil gambar menggunakan kamera terdahulu.

Kenangan...kenangan...

Thursday, June 12

Sampul Surat Hari Pertama - Part 1

Semalam, ketika menemani kawan untuk membeli beg sekolah anaknya, terpandang di rak bahagian alatulis...


Saya tidak ingat sejak bila saya mula mengumpul Sampul Surat Hari Pertama, sekitar tahun 84 @ 85. Nanti akan saya cuba susun semula kesemuanya.

Koleksi sampul surat saya itu masih tidak tersusun kemas lagi... sudah beberapa tahun ditinggalkan. Ketika di sekolah menengah, sampul-sampul surat ini cuma diperolehi dari Pejabat Pos Bukit Mertajam. Itu pun jenuh beratur panjang untuk mendapatkannya. Selalunya arwah ayahanda yang tolong mendapatkannya. Minat ini dikongsi bersama dengan beliau. Dan sampul surat ini dalam simpanan saya sekarang selepas ayahanda meninggalkan kami pada 1 Jun 2006 yang lalu. Ketika mengemas segala surat-menyurat yang disimpan ayahanda, saya ter'jumpa' kembali dengan khazanah ini. Cuma beberapa bulan yang lepas saya membawanya kembali ke rumah untuk dikemaskinikan susunannya.

album yang pertama diperolehi untuk penyimpanan

Ketika saya melanjutkan pelajaran di Universiti dan sehingga bekerja, ayahanda jugalah yang bersusah payah memasukkan wang ke dalam kelab Filatelli untuk mendapatkan sampul surat pada tarikh-tarikh tertentu. Senang...kerana setiap kali keluaran, Kelab Filatelli akan mengirimkan sampul surat dan mengkreditkannya dari wang yang telah dimasukkan. Malah, segala urusan penyimpanan juga dilakukan oleh ayahanda.

ada juga yang dimasukkan ke dalam clear folder

Semalam, ketika saya menyusun semula sampul-sampul surat ini, saya teringatkan arwah.... saya amat kagum dengan beliau kerana dia akan cuba mendapatkan apa yang menjadi kegemaran kami adik beradik.

Tarikh terakhir sampul surat bertarikh 7 Mei 2001. Hmm... agak lama saya tidak mendapat sampul surat hari pertama ini. Di dalam hati, teringin ingin meneruskan kembali minat saya dan arwah ayahanda..namun, kewangan agak membataskan minat ini. Tapi..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan...akan dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet rumah nanti...hehehe.

Sampul surat "terkini", Pertabalan Raja Perlis, 7 Mei 2001

Saya menyusun dari sampul surat yang terkini hingga ke tahun sebelumnya. Di dalam album yang memuatkan 20 sampul, inilah yang terakhir untuk album ini.

Jubli Perak Pemerintahan Sultan Pahang, 23 Oktober 1999

Setimbun lagi yang saya belum kemaskinikan untuk dimasukkan ke dalam album. Kerja menjadi agak perlahan kerana ada "assistant" yang sukarela untuk menolong...siapa lagi.. kalau tidak anak-anak berdua itu...hehehe.


Setem yang kita pakai sekarang ini, dikeluarkan sejak 25 Oktober 1986.. dah lama kan?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin