Wednesday, May 13

Jelajah ilmu, amal dan ukhuwwah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Alhamdulillah... masih diberi kesempatan, kelapangan dan kesihatan untuk turut serta di dalam aktiviti berkala JJMK anjuran NGO Wargakilang bersempena hari Pekerja.  Saya suka melabelkan aktiviti JJMK ini sebagai jelajah ilmu, amal dan ukhuwwah kerana di dalamnya terselit kesemua elemen-elemen tersebut di dalam satu aktiviti santai seperti ini.


meniti permatang, pengalaman yang jarang-jarang diperolehi

Ilmu qanaah, bersadaqah, me'wakaf'kan diri kepada masyarakat, ini yang dapat saya simpulkan ketika menghayati bait-bait kata dari mantan Timbalan Pendaftar USM yang lebih mesra disapa Pak Su Romli ketika di perhentian pertama JJMK.  Terpegun mendengar bait-bait puitis dari Pak Su, a wise man with thousand words yang keluar lancar tanpa skrip itu yang mengkisahkan perjuangannya membuka pusat tuisyen secara percuma kepada anak-anak kampung yang miskin dan tidak berkemampuan.  

Kehadiran konvoi memberi semangat kepada Pak Su Romli



Inilah video untuk tatapan sahabat blog sekelian.  Mudah-mudahan ada manfaatnya yang dapat dihayati, dihadam dan diamalkan di dalam kehidupan seharian.




Ukhuwwah yang terjalin ketika jjmk ini sangat-sangat istimewa tanpa mengira latar-belakang, ideologi dan jawatan.  Matlamat ingin menyantuni asnaf menemukan kami di dalam suasana yang santai dan mesra ini.

yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Bukan layaknya saya untuk mengulas tentang status setiap asnaf.  Keyakinan disandarkan kepada mereka yang bertungkus-lumus mengenalpasti setiap asnaf yang layak menerima sumbangan/fidyah/zakat.  Ianya bukan satu tugas yang mudah dan bukan calang-calang orang yang mampu untuk menggalas tugas ini.  Salute untuk team recce ini... mereka yang menjadi tonggak kejayaan JJMK yang berlangsung.

Amanah yang dipikul untuk disampaikan kepada penerima

Matsurat dan buku mudahnya menjemput rezeki dikirim oleh ahli infaq

Perjalanan merentasi sawah bendang di kaki Gunung Jerai begitu damai dan sejuk mata memandang.

damai dikelilingi kehijauan





Kisah belacan Tg Dawai yang 'wangi' menurut pakar belacan!  Tidak perlu dengan barang yang mahal, hanya dengan seketul belacan dapat mengembirakan hati orang lain.  Ibu saudara berterima kasih kepada saya sepertinya mendapat seketul emas! :D  Alhamdulillah... Inilah erti hidup pada memberi... (meminjam tagline Saifulislam.com).




Pelbagai gaya dan aksi...


Wargakilang junior
kerja amal merentas sempadan bangsa dan agama

Tahniah buat tuan-tuan marshall yang melancarkan pergerakan konvoi lebih 70 kereta.  Sebuah motorsikal dapat menghentikan sebuah bas! :)


Secebis kisah perjalanan masuk kampung... jika berpeluang, JOM! ikut kami bersama-sama untuk kembara ilmu, amal dan ukhuwwah ini.  Ianya tazkirah untuk diri sendiri... untuk merasa bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan yang jarang disyukuri... MasyaAllah, Tabarakallah...

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin