Nampaknya bonus setengah bulan gaji di dalam pembentangan belanjawan 2012 semalam telah didahulukan untuk membayar servis kereta saya yang tersadai di bengkel selama 5 hari. Suspeknya adalah pam breknya rosak. Alang-alang di bengkel kereta, terus diservis minyak hitam dan sebagainya. Tetapi masih ada lagi kemusykilan, selepas peristiwa senja tempohari, pendingin hawa juga tidak berfungsi. Mungkinkah aircond juga punca masalahnya?
Nampaknya, kereta itu perlu dihantar ke kedai lagi serta berapa $$$$ pula yang akan dikenakan? Bonus belum lagi masuk ke dalam akaun....
(bagaimana dengan harga servis di tempat lain? lebih murah? lebih mahal? atau lebih kurang? sengaja ingin membuat perbandingan)
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?