Monday, September 19

Makan lagi

Jumaat lalu, taman perumahan mengadakan majlis sambutan Aidilfitri.  Saya membuat lagi cornflake madu untuk kali ke-3 sepanjang selepas raya.  Kuih yang paling ringkas dan sedap!

Resepi ini diperolehi lama dahulu dari kakak saya.  Saya sertakan juga resepi untuk dicuba.

1. 1/2 buku butter (saya pakai buttercup buku)
2. 1/2 cawan gula perang
3. 250gm cornflakes 
4. 5 sudu makan madu
5. cawan kecil
6. bahan hiasan

Caranya:
- masak 1 & 2 atas api yang kecil sehingga gula hancur
- masukkan cornflake, gaul sehingga sebati dengan gula/mentega
- masukkan madu sedikit demi sedikit dan gaul.  Tutup api.
- masukkan ke dalam cawan kecil dan tabur dengan hiasan.  
- saya bakar di dalam oven dengan suhu 130F selama 6 minit (bergantung kepada oven)



 
bersama jiran sebelah kanan

si kakak sebaya adik sudah mempunyai 3 orang adik

bersama kawan jiran sebelah kiri

beratur mengambil duit raya


Bermacam-macam menu yang dihidangkan antaranya, sate, nasi tomato, nasi arab, ayam masak merah, jelatah, kuih-muih, lemang, serta manisan.  Nampaknya setiap kali jamuan, saya hanya menjamah ala kadar saja.  Anak-anak yang lebih teruja. Agaknya orang sudah berusia, beginilah keadaannya apabila berhadapan dengan makanan agaknya, perlu juga mengambil kira faktor-faktor yang boleh meningkatkan paras gula dan tekanan darah di dalam badan.  

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin