Sunday, February 27

Nikmat umur dan kesihatan


Semalam (26 Februari), merupakan ulangtahun kelahiran saya.  Jika umur di dalam tahun hijri, ianya akan bertambah satu tahun ke hadapan.  Semakin bertambah umur, terasa umur kian singkat menghampiri ke alam hakiki.  Amalan yang ada, belum lagi mencukupi rasanya.  Sehingga bila-bila pun, terasa ketidakcukupan itu.

Yang paling teruja adalah adik.  Dia ingin sangat memberikan hadiah dengan duit tabungannya.  Katanya, dia belikan hadiah, dan kakak diminta untuk membelikan kek.  Jawap kakak, tiada duit!  Hehehe.  Saya katakan, belikan coklat sajalah.  

"Adik tak nak bagi makanan, adik nak bagi barang...", itu jawapannya.

Ketika di sebuah pasaraya, dia menarik tangan saya sambil meninjau barangan apa yang ingin dibelikan.  Setelah 2,3 kali 'tawaf' di rak-rak yang ada, agaknya dia sudah tidak pasti apa yang ingin diberi.  Akhirnya dia menyuruh saya memilih sendiri.  Saya menunjukkan bekas pen/pensil yang agak comel.  Harganya tidaklah begitu membebankan. 

"Adik pilih yang pinklah, comel."

"Ooo...macam Oli dalam Pocoyo (rancangan kartun)", kata saya.

"Ha'a"


Ketika meninjau di rak lain, dia terlihat tabung kayu yang comel.  

"Ummi beli hadiah tabung untuk adik pulak lah.."

Ummi pula yang kena beli untuk mereka!

Tiga empat hari kebelakangan ini kepala saya berdenyut.  Semalam pula bermula sakit tekak dan selesema. Beralih umur di dalam kesihatan yang kurang memuaskan.   Walaubagaimanapun, syukur kerana saya masih lagi dapat menikmati Rahmat Allah untuk kali ke-38 ini.  Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin