Thursday, November 25

Santai belajar



Di dalam perjalanan pergi/balik ke rumah yang mengambil masa sekitar 1/2 jam, saya manfaatkan dengan menyemak bahasa inggeris kakak.  Kakak akan membaca cerita pendek dari buku bersaiz poket sambil saya meneliti bacaan kakak.  Cikgu memberikan komen di dalam laporan buku bahasa inggerisnya agar kakak lebih banyak melakukan praktis untuk sebutan dan nahu (grammar) bahasa inggeris. 




Kadang-kadang kami berteka-teki untuk memecah ngantuk di petang hari atau adakalanya bernasyid dan berzikir mengikut alunan dari radio ikim.  Ada ketika saya mengajukan soalan latih-tubi matematik seperti hasil darab kepada kakak dan tambah kepada adik.  Pembelajaran santai begini saya rasakan tidak begitu tertekan berbanding saya mengajar mereka belajar. 


Kakak menggunakan wang simpanannya untuk membeli mainan ini.  Hampir setiap hari dan setiap waktu, asyik 'menyanyi' minta dibelikan mainan ini.  Ummi dan abah pun boleh tumpang sekaki main bersama mereka.  Hehehe.  Sambil-sambil bermain, adik juga belajar mengira untuk menggerakkan buahnya. 



Ketika cuti persekolah darjah 1 dahulu, kakak menyertai Muslim Kids' Camp berhampiran rumah kami dan dia sangat teruja membawa pulang biskut cornflakes yang dibuatnya sendiri.   Untuk cuti kali ini, kami sedang berkira-kira untuk mendaftar kakak ke dalam kem cuti sekolah yang bersesuaian.  Semoga cuti sekolah ini diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin