Tuesday, June 1

1 Jun 2006


Bapak kembali kepangkuan penciptanya pada pagi selepas subuh hari Khamis pada usia 65 tahun 8 bulan selepas setahun jatuh sakit.  Sejak bapak pengsan di rumah, kami sekeluarga 'berkampung' di rumah mak beberapa bulan lamanya.  Bapak pernah berkata, Allah bagi bonus padanya selepas melewati usia 63 tahun kerana Nabi Muhammad s.a.w wafat di usia tersebut.




Masih teringat kenangan menaiki motosikal bersama bapak. Dengan motosikal merah itulah dia menghantar ke sana ke mari jika saya perlu ke mana-mana.  Dengan motosikal itu jugalah bapak menghantar saya ke sekolah menengah yang jauh dari rumah ketika hujan lebat.  Hari-hari biasa, bapak akan menghantar saya ke pekan Penanti, dan di situlah dia akan menunggu sehingga bas awam ke sekolah saya tiba dan sehingga saya menaiki bas tersebut.

motosikal ini kini menjadi tunggangan anak-anak buah


Ketika minggu-minggu terakhir, bapak teringin sangat merasa kacang rebus yang dijual oleh seorang pak cik berhampiran klinik kubang semang. Semasa bapak masih kuat, dia kerap membeli kacang rebus di situ. Beberapa hari saya membawa bapak ke situ, pak cik tersebut tiada.  Akhirnya, seingat saya, bapak dapat juga merasa kacang rebus itu.


Bapak suka benar melayan kakak dengan kerenahnya serta mulutnya yang becok.  Sehingga kini, kakak masih mengingati peristiwa dia menjatuhkan kerusi kayu di belakang wannya yang ketika itu sedang mengaji.  Takut kakak dibuatnya... hehehe.  

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan bapak di Sana.

(gambar-gambar diambil ketika saya MC sebelum melahirkan adik, 5 - 6 bulan sebelum bapak jatuh sakit)

5 comments:

  1. AlFatihah ... selalu teringat bapak kalau tgk petai.. kalau bapak dtg kl mesti akak masakkan sambai petai kegemaran bapak. time flies.

    ReplyDelete
  2. Semua kenangan tersimpan kemas di memori..kenangan kena kejar dgn bapak..iskhhh semua tu pengajaran untuk menempuh cabaran hidup yg mendatang.

    ReplyDelete
  3. memang bapak suka sangat petai. betul tu. Teringat lagi akak kena kejar keliling pokok moktan :D.

    ReplyDelete
  4. Dulu masa baru berjinak2 dengan periuk n kuali, masak gulai, bapak pastinya kata ni bukan mak yg masak..hehehe tapi pada satu hari masak gulai bapak kata dah pass ...hehehe kira ada improvement tu. masa-masa yang berlalu byk menjadi panduan.

    ReplyDelete
  5. betul tu. Bapak banyak jadi pengkritik. Dulu English adik pun dia yang betulkan

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin