Thursday, April 1

Ketabahan Mereka (3)

Kisah alumni SMA Al-Irsyad di dalam inbox FB saya.  Marilah kita sama-sama mendoakan saudara kita agar diberi kekuatan dan kesembuhan kepada penyakit yang dihidapinya.  Peringatan jua untuk diri  saya sendiri...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
25 Mac
"Assalamualaikum semua, (message from Kak Azah Zubit- ex SMAI)
Tadi masa rehat,(1 pm- 2.40pm) sempat saya melawat jawahir di rumah. Sebenaqnya, Jawahir dah resign dr Bank islam bulan 2 lepas, Dia sakit teruk selepas tu. Dia memang x leh jalan, x leh duduk betul n x leh tiduq terlentang, kerana ada 2 tempat retak, di kawasan pergelangan kaki n di pelvik, kedua2nya sebelah kiri. Dia terpaksa meniarap , kalau duduk pun , senget ke kanan, x boleh lama, sakitttt. Ada 2 tempat sakitnya, ovari kiri n tulang kaki kiri, dan di syaki kanser tulang n kanser ovari. Cuma ed x nak doctor amik sampel tisu, sebab kena operate tebuk 2 tempat, tisu tulang kaki n tisu ovari, so sekarang dia jalani perubatan alternatif ustaz yang mengamalkan perubatan secara islam. Alhamdulillah, td , katanya dia semakin kurang sakit dari mula2 sakit dulu. Tapi saya yg melihat memang x tertahan air mata, (walaupun cuba tahan dr menitik air mata dr menunjukkan kesedihan depan ed, namun memang tak terkawallll) . tapi sebaliknya , Ed memang tabah (depan saya) x nampak langsung airmata, malah dia yg bagi semangat kat saya dan minta ingatan buat semua, katanya," kalau Ed x sakit macam ni, mungkin semua orang x tersedar tentang kelekaan dengan urusan dunia. Ed sakit ni ada hikmah supaya kita semua jgn sekali lupa Allah, dok ralit dgn keja, urusan dunia. Allah yg bg kita sakit, Allah juga yg akan sembuhkan. Ed redha dan berusaha, malah rasa semakin tabah n kuat ingatan kpd ALLAH. InsyaAllah, Allah akan bantu. Ingatlah sementara sihat, jgn sekali2 ingat urusan dunia shj, x berat tanggungjawab pd Allah. Sakit Ed jd ikhtibar buat semua kawan2. Insya Allah , doa kawan2 ed akan sembuh juga. Kalau dah Allah tentu, kita bersedia la. Alhamdulillah, Allah bg Ed tau sakit awal, sempat lg bt ibadat n bertaubat. kalau sakit terus meninggal, x sempat bertaubat n buat persediaan, x tau nak cakap. Ni Allah dok buang dosa2 Ed, guguq dosa, Allah sayang org sakit. Allah uji Ed, supaya Ed sempat beringat. Sekurang- kurangnya anak2 dah boleh berdikari dan bersedia"...ada lagi ayat2 yg buat motivasi saya yg bersedih n masih sihat. Memang betoi kata2 dia...teringat perangai saya yg workaholic n dok nak kejaq cita2 untuk kepuasan diri tp kekadang x ingat semua tu Allah dah tentukan jalan hidup kita, dan kekadang terbabas juga tanggungjawab pd Allah. Astaghfirullahal 'Azim...terima kasih pd Ed.

Sempat juga bertemu rijal, yg balik masa jam 2 pm. tu yang terlajak masa rehat tu. banyak juga yg disembangkan pasai sakit, tp x dapat nak cerita semuanya di sini. Rijal pun dalam tekanan juga, kerana dalam masa yang sama, ayah rijal pun sedang sakit dan berada di hospital SP. Betapa hebatnya dugaan kepada lepa sekeluarga, sesungguhnya Allah memberi dugaan menguji kemampuan mereka yang layak. Memang lepa berdua tabah, tetapi sesungguhnya jawahir lebih tabah. Rijal dah banyak menangis katanya. Buat masa ni disamping perubatan dgn ustaz, jawahir baru mula makan ubat 4Life Transfer Factor yang memakan kos hampir RM2k. Stok ubat utk 10 hari shj. Alhamdulillah, hasilnya Ed rasa kuat sikit. Mesti ramai yg dah sedia tau pasai transfer factor ni, dia akan menambah immune badan kita. Saya dah penah tengok kejayaan ubat ni dengan kuasa Allah, yang lumpuh sudah mampu berjalan, yang x nampak, sudah mampu melihat (akibat sakit kronik).

Alamat rumah lepa : ......................
Pesanan rijal buat semua dlm sms sebentar td :
Mohon jasa baik kawan2 agar datang melawat antara asar dan maghrib sahaja sebab nak bagi dia rehat. Malam dia tak boleh lena. Sakit sangat-sangat. Terima kasih. Mohon doa semua.

2nd message
kepada semua kawan2,
sebagaimana saya nyatakan td, rizal sudi memberi no. acc dia ..saya harap bila bank in, boleh la sms pd dia terus, sebab sekarang dia x sempat nak buka email & fb.

*Untuk no. telefon dan no. akaun beliau, sila email saya : hahmat98@yahoo.com

- Terima kasih. Saya akan ingat jasa baik kawan2 dalam doa. Terharu...

So, pada sesiapa yang sudi menyumbang bolehlah terus kepada akaun rizal, supaya sekurang-kurangnya kita dapat membantu mana2 kita termampu. Terima kasih juga dari saya atas perhatian semua kawan2. Syukran jazilan. wassalam 
 
 ...............................................
 
Untuk kawan2 yg x termasuk dlm email irsyadgroup, ini latest info dr email rizal (28 Mac)
Assalamualaikum... terharu saya bila kawan ambil berat sampai mcm ni. Kita yg melihat pun jatuh air mata, entah la bagaimana sebenarnya org yg menanggungnya.Utk makluman kwn2 semua, kami dah buat keputusan utk tidak buat pembedahan di hospital. Beberapa org doktor yg saya jumpa telah bersetuju dgn keputusan ini krn apa pun keputusan yg kita ambil semua ada risiko masing2. Pembedahan bukan satu2nya penyelesaian. Lebih2 lagi tulang pelvic yg dah spt kayu yg dimakan anai2 bukan senang utk dirawat. Itu kata pakar tulang sendiri.

Skrg Jawahir sdg menjalani rawatan 100% secara doa2 dan susu kambing. Alhamdulillah nampak ada perkembangan. Kelmarin selepas berselawat sepanjang malam, sebelum subuh tiba2 dia rasa nak muntah dan keluar dari rahimnya darah kehitaman membuak2 serta ketulan2 darah beku sebesar penumbuk org dewasa. Saya agak panik krn tak melihat melihat darah sebanyak itu. Spt darah sebaldi yg disimbah ke lantai. Tapi kata Jawahir, terasa lega krn dpt buang air kecil. Perutnya yg keras spt batu mula lembut spt asal. Habis satu rumah kami kena basuh akibat darah yg keluar ini.

Iman Jawahir sebenar lebih kuat dari saya. Dia yakin 100% pada kuasa Allah. Saya pun susah hati pada mulanya dgn keputusan utk tidak ke hospital ni. Tapi melihat perubahan hari demi hari pada kesakitannya, saya semakin hormat dgn keputusan Jawahir.Allah Maha Mengetahui, tidak diuji hambaNya melainkan yg mampu menanggungnya.

Kalau ada masa saya akan attach imej CT Scan. Sekian dulu. Nak bagi dia mandi. Terima kasih atas doa dan bantuan kwn2 semua. Kami akan ingat selalu. Wslm.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Saya sendiri apabila menghayati cerita ini, menitik airmata tanpa disedari.  Sedangkan sakit sedikit sudah mengeluh, inikan pula sakit sebegini.  Semoga Kak Jawahir diberi kekuatan oleh Allah untuk bertarung dengan ujian yang hebat ini.  

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin