Setiap tahun, semua orang mengingati 16 Mei sebagai Hari Guru. Namun, tiada hari yang khusus di peringkat kebangsaan untuk para pensyarah. Pada pandangan saya, Hari Guru sepatutnya ditukar kepada "Hari Pendidik" untuk merangkumi semua peringkat pendidik. Sebelum ini juga Hari Buruh telah ditukarkan kepada Hari Pekerja untuk merangkumi semua pekerja di pelbagai sektor.
Alhamdulillah, para pelajar UiTM PP dengan inisiatif mereka sendiri telah "mengisytiharkan" 1 April sebagai Hari Pensyarah UiTM PP sejak 3 tahun yang lalu. Sambutan kali ini agak meriah berbanding tahun-tahun lepas kerana dianjurkan secara bersama oleh Kelab Pensyarah dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Cenderahati dari kelab pensyarah dan pelajar
Tahniah kepada para pensyarah yang telah dinobatkan sebagai "Pensyarah Popular" di setiap fakulti dan jabatan. Semoga segala usaha gigih, dedikasi dari pensyarah sekelian tidak hanya berlandaskan ganjaran semata-mata tetapi lebih kepada ibadah kepada Allah untuk meninggikan taraf hidup anak-anak bangsa kita.
*terima kasih pelajar-pelajar saya yang telah memberikan ucapan selamat hari pensyarah. Tiada apa yang saya inginkan dari kalian melainkan melihat kalian berjaya di dalam hidup serta tidak mengabaikan kedua ibubapa apabila anda telah berada di puncak kejayaan. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia, insyaAllah, di mana-mana anda berada, anda akan disayangi oleh semua orang*
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?