Friday, October 23

Buah Keranji

"Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu,
......"

Pantun yang semakin jarang kedengaran, begitu juga buah keranji yang dimaksudkan juga hanya sesekali bersua. Kebetulan ketika berjalan di pasar malam, ternampak orang menjual buah keranji, sengaja saya beli untuk ditunjukkan kepada anak-anak yang tidak mengenali apa itu buah keranji.



Mereka teruja untuk mencuba, tetapi tidak menarik minat mereka kerana rasanya yang agak masam. Masam-masam manis rasa isinya.



Dan ini adalah bijinya. Seakan-akan biji asam jawa.

5 comments:

  1. memang cun :D macam "thumb print" pun ada

    ReplyDelete
  2. Mmg lama tak jumpa buah ni...Alhamdulillah masih ada.
    kacang tanduk jumpa tak...dulu bapak tukaq nama kacang tanduk tu jadi kacang misai (dengan menterbalikkan tanduk tu kebawah)..hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. itulah, jarang-jarang sangat nampak buah keranji. Kacang "misai" dah lama tak jumpa, nanti kalau jumpa, mesti beli :D

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin