Petang Jumaat, kakak menunjukkan kertas yang mengandungi kotak yang mempunyai tajuk Sahur, Subuh, Zohor, Asar, Isyak, Tarawih dan Puasa. Jika anak-anak ini melakukan perkara-perkara tersebut, maka ruang tersebut akan ditandakan. Mungkin kertas ini sebagai pemangkin kepada anak-anak untuk melakukan ibadah-ibadah ini.
Sewaktu melaksanakan sunat terawih, kakak bertanyakan jumlah yang perlu dibuat. Saya katakan budak-budak jika tidak larat, boleh dibuat 8 rakaat. Alhamdulillah, untuk malam pertama, kakak berjaya menyempurnakannya.
Ketika bersahur, kakak bersahur koko cruch (milo) + susu dengan mata yang separuh terbuka. Tengahari ketika saya menyediakan nasi + telur goreng masak kicap untuk adiknya, kakak masih bertahan. Cumanya dia meminta saya untuk memasakkannya ketika berbuka puasa kelak.
Kami berbuka puasa di rumah mak, walaupun hanya kami sekeluarga dan 3 anak-anak abang di rumah, tetapi terasa seperti ramai. Jika semua adik-beradik berkumpul, lagi meriah terasa. Kelakar melihat gelagat kakak, siap diletakkan karipap 2 biji, sotong ball, dan juga sate 2 cucuk di dalam pinggan di mana kesudahannya, langsung tidak berusik. Dia hanya menjamah nasi beserta telur masak kicap yang dimasak kepadanya.

Agak sunyi setelah kami balik ke rumah kerana kedua-duanya ingin bermalam di rumah tok mereka.
ohhh depa bg peluang kat ummi sungguh untuk berehat panjang kat umah :) berbuka posa ramai2 memang best ingat masa kecik2 dulu...dgn anak2 menakan yang ramai hmmm memang pening la kepala mak abah, tapi tak pa...tetap best :)
ReplyDeletebagi peluang kat umi utk berdating dengan abah hehehe. Betul tu lin, lagi ramai, lagi meriah, lin lagi la ramai adik beradik, macam kami ni yang 3 orang je, dah jadi ramai dengan anak/anak buah.
ReplyDeletetelatah anak sulung puan sama macam saya sewaktu kecil; beli air tebu, air kelapa, air batu campur...tapi bila dah teguk air sirap, tak usik pon air lain tu...perut dah kembung...hehehe.... paling tak lupe ialah masa 'more' terawih.. rakaat nya tidah habis pon, tapi makanan dan bedal dulu...kesiyan kat orang tua, 'more' nya dah habis dirembat oleh kanak-kanak termasuk saya.. hehehe....
ReplyDeletefadzlan, saya rasa kebanyakan kanak-kanak begitu, termasuk saya ketika kecil dahulu ^_^ sudah faham sangatlah hehehe.
ReplyDelete