Wednesday, August 12

Konvokesyen


Setelah 3 tahun bertungkus lumus secara sambilan (orang setahun saja - pedulikan hehehe), akhirnya, saya berjaya juga menggenggam segulung ijazah sarjana bersempena Konvokesyen USM yang ke-40. Alhamdulillah. Segalanya telah berakhir. Sewaktu menelefon penyelia saya, dia segera mencelah, "boleh buat PhD lah ya selepas ini", hehehe... sabarlah Dr., InsyaAllah, nanti saya akan menyusul jika diizinkan Allah. Cemburu juga melihat kawan-kawan yang sebaya atau yang lebih muda dari saya sudah mengorak langkah PhD atau yang sudah berakhir dengan gelaran Dr.

bersama sahabat dan juga teman serumah ketika konvokesyen ijazah sarjana muda

Kenangan ketika menjalani konvokesyen peringkat ijazah sarjana muda dahulu kembali berputar di dalam kepala. Ketika itu, saya hanya meraikan hari "bersejarah" itu bersama kawan-kawan. Habis sekeliling kampus kami jelajah untuk mengambil gambar kenangan. Kebetulan, konvokesyen ketika itu berlangsung di musim sejuk, apalagi, berposing sakanlah dengan keputihan salji.



Konvokesyen kali ini diraikan bersama keluarga, namun, sayangnya, bapak tidak dapat bersama ketika meraikan kejayaan ini. Terngiang di telinga saya ketika arwah bapak berpesan kepada kami, "bapak tiada harta yang dapat bapak bagi, cuma bapak dapat bagi pendidikan". Dari saat itu, saya tanamkan azam untuk mengejar ilmu setinggi yang boleh. Ketika menamatkan ijazah pertama dahulu, keazaman untuk menyambung pengajian tidak pernah padam walaupun ketika itu saya bekerja di sektor swasta. Cuma sekarang ini, saya mempunyai keyakinan untuk meneruskannya.


Insan yang banyak memberi dorongan dan semangat (Terima Kasih Abang)


Mak yang banyak berkorban melayan kerenah anaknya yang tidak jemu-jemu belajar


Bakal pensyarah Matematik katanya...


Alhamdulillah

8 comments:

  1. Assalamualaikum,

    tahniah :-) mcm rasa saya selepas mendapat masters sekitar 2007 dahulu. Masa itu lah, rasanya berbaloi segala usaha dan penat lelah selama ini.

    My Phd ? ;-) .. masih di peringkat idea lagi :D ... walaupun org atasan dah mula cubit2 :D

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,
    Terima kasih. Iya kan...tapi masa tengok orang yang dapat PhD, jeles betul hehehe.

    Orang-orang atas tu cubit2 mesra begitu, supaya bergerak. Good luck ya.

    ReplyDelete
  3. tahniah... :) iye, kalu bab konvo ni rasanya tak bleh lawan masa 1st degree... bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Walaupun dgn kawan2 tapi hmmm macam2 stail gambar kita ada... teringat2 kat sana...

    ReplyDelete
  4. terima kasih lin. Itulah, berposing sakan kan, macam dunia kita yang ampunya, hehehe. Agaknya bila masters, sudah makin matang?, jadi, rasa ala-ala malu nak berposing sakan.

    ReplyDelete
  5. lain betul muka akak dulu n kini. Tahniah akak. moga terus bersemangat menyambung phd pula. jom sama2 kita berjuang. betul zaman muda sakan posing. sy dulu ms Msc pun x byk posing.

    ReplyDelete
  6. dulu kurus slim lagi, sekarang dah berkembang ^_^ Terima kasih Alhan. InsyaAllah, akak semangat tengok Alhan dan adik-adik lain yang tengah buat PhD sekarang ini.

    ReplyDelete
  7. PHD - dapat pakai topi bulat!
    heheehe - CONGRATS KIDO!
    You do us proud

    ReplyDelete
  8. Thanks. PhD tu nanti-nantilah. Masa konvo hari tu, ada kawan sekolah rendah dapat PhD dah.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin