Monday, August 17

Iklan oleh Adik


Iklan 1

Adik kerap meminta saya memandikannya. Ketika saya mencuci muka menggunakan gel pembersih muka, adik juga ingin mencuci muka dengan pembersih muka saya. Sedikit gel disapu ke tangannya dan dia mengulis-ngulis gel tersebut ke pipi, dahi dan hidung, seperti yang saya lakukan (adik selalu meniru lagak orang). Selepas dibersihkan dengan air, saya lihat, dia "membelai" pipinya, sambil berkata "putih, YAKIN dan SUCI" (dengan lenggok iklan Syurah)


Iklan 2


Saya sedang menyediakan besen untuk merendam baju sekolah kakak. Ketika saya menambahkan serbuk v***** ke dalam besen tersebut, adik berkata, "SATU SUDU JE! MANA CUKUPPPPP". Agak-agaknya iklan apa ye?


3 comments:

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin