Surat pertama yang dikirim setelah seminggu tiba di Madison. Surat bertarikh 24 Januari 1994 itu tiba ke pangkuan keluarga saya pada 2 Februari 1994. Ketika itu, saya masih menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran serta pembelajaran yang baru bagi saya.
------------------------------------------------------------
Anakanda Hasfazilah Ahmat------------------------------------------------------------
1301 Spring St #501
Madison, WI 53715
USA
(608) 251 xxxx
24/1/94
Assalamu'alaikum wbt
Ayahanda & bonda,
Apa khabar sekarang? Diharap ayahanda & bonda berada di dalam lindunganNya selalu. Anakanda di sini Alhamdulillah...sihat walafiat, janganlah dirisaukan anakanda di sini.
Untuk pengetahuan ayahanda & bonda, anakanda ambik 4 subjek semester ni, Mathematics, Statistics, Food Science & Economics. Memandangkan anakanda ambil Double major, kena ambik Statistics. Tempat ni selamat, salah satu tempat yang terselamat di US sebab Wisconsin-Madison ni bolehlah dikatakan kampung. Sini kebanyakannya student & lecturer sebab Madison ni kampung Universiti. Jadi, janganlah dirisaukan tentang keselamatan anakanda. Jalan sorang diri pun InsyaAllah orang tak kacau. Nak buat macamana sebab kelas jauh-jauh pulak tu semua Mat Saleh & Cina & banyak lagi (tapi bukan Melayu), susah nak buat kawan sebab masuk kelas, dengar lecture, lepas tu keluar kelas, pergi kelas lain. Lecturer pun tak kenal students sebab ramai sangat. Nanti lama-lama boleh kenallah kot.
Tadi baru buat plan of study, InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, December 95 dah habis lah. Itupun kalau diluluskan sebab dah atur semua subjek yang nak diambil, takut tak cukup depa punya requirement. Doa ajelah supaya cepat habis, senang sikit. Balik nanti fikir nak sambung terus ke tak. Hari Sabtu ni ada perjumpaan dengan MSD (Malaysian Student Department). Bank account dah buat, anakanda masukkan $xxxx duit yang JPA bagi tu & duit (travellers cheque) yang kita punya.
Kalau ayahanda & bonda nak telefon, tolak 14 jam dengan waktu Malaysia untuk waktu di sini. Kelas hari Isnin & Rabu habis pukul 3:40, lepas tu nak jalan balik lebih kurang 15 - 20 min. Hari Selasa & Khamis 10:30 dah habis kelas, hari Jumaat habis 2:30 petang.
Rasanya itu saja yang dapat anakanda tulis. InsyaAllah, kalau ada kelapangan nanti anakanda akan telefon.
Wassalam.
Anakanda yang jauh,
(signed)

-------------------------------------------------------------------------------------------
Nota: Maaf, bahasa yang digunakan bukan bahasa baku dan bercampur-aduk kerana ianya gaya saya bercakap dengan mereka...
aha...memang pun kena tulis guna bahasa yang depa senang faham... bila belek2 balik poskad yang dihantar kat depa nak tergelak pun ada juga... itupun dah rasa macam formal sangat2 ...apa2 pun bleh jadi bahan sejarah kan...bahan sejarah personal ;)
ReplyDeletebetul tu lin, masuk arkib peribadi...dengan tulisan tangan yang sekejap condong ke sana condong ke sini hehehe
ReplyDeletehe he he... oklah tu, skrg ni kalau kena tulis surat mau mati akal, tulis surat pakai pen hmmmm mmg makin berjenislah tulisan hu hu hu
ReplyDeletehehehe, isi borang sikit pun dah lenguh2 tangan..nak karang surat...berapa hari nak siap :D
ReplyDelete