Sunday, December 28

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.

Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam.

Amalan membaca doa awal tahun serta doa akhir tahun mendapat pelbagai reaksi serta komen dari pelbagai pihak. Jika ingin mengetahuinya, cuba 'google' sendiri ye.

Friday, December 26

Langkawi - Pulang

Sabtu petang kami bertolak balik dan tiba di Alor Star sekitar maghrib. Perjalanan yang agak penat, tetapi hati terpancar kepuasan kerana hajat di hati telah tercapai. Jika ingin bercuti-cuti Malaysia ke Langkawi, persiapan dari segi penginapan serta kereta sewa perlu dibuat seawal mungkin terutamanya jika ingin ke sana pada musim cuti sekolah.

suasana semasa di Jeti Langkawi

Boleh dikatakan Langkawi adalah syurga membeli-belah terutamanya barangan kaca, beg serta coklat. Bergantung kepada bajet masing-masing, perancangan teliti perlu supaya tidak terlebih berbelanja di sana.

Selamat Bercuti ke Langkawi.

Langkawi - Underwater World

Pagi Sabtu selepas anak-anak menghabiskan masa di kolam renang, kami terus check-out hotel dan menuju ke Underwater World. Harga tiket RM28/dewasa dan RM18/kanak-kanak. Tarikan utama di Underwater World ini adalah Penguin. Kebetulan sewaktu kami sampai, ada pertunjukan memberi makan penguin pada jam 11.15 pg. Anak-anak kelihatan teruja melihat penguin makan.

Antara lain di dalam Underwater World ialah ikan air tawar, karang-karangan laut serta siput.


Pertunjukan memberi makan penguin


kuda laut daun

Nemo - anak-anak teruja melihat clown fish

Zebra Eel

Thursday, December 25

Langkawi - Pemandangan

Antara pemandangan yang dapat diabadikan.

Awana Porto Malai

Awana Porto Malai

Sekitar matahari hampir terbenam di Awana Porto Malai


Hotel Awana Porto Malai



matahari terbit di Awana Porto Malai

Pantai Tengah

Wednesday, December 24

Langkawi - Aktiviti air

Selepas penat berjalan, pagi hari Jumaat dikhususkan untuk aktiviti mandi laut.Penat bermain pasir serta berenang di laut.Nampaknya mereka tidak puas lagi bermain air, jadinya kami menambah sehari lagi percutian ini.

Mandi-manda di Pantai Chenang

Acara mengorek pasir seakan acara wajib apabila mandi laut


Setelah mencari dan bertanya, akhirnya kami menginap di Awana Porto Malai untuk 1 malam lagi. Harga untuk Double Deluxe RM315, tetapi untuk kakitangan kerajaan, mendapat pengurangan harga hingga RM284. Hati teruja kerana mendapat bilik yang mengadap laut. Petangnya aktiviti kolam renang pula. Kanak-kanak dan air memang tidak dapat dipisahkan. Seronok melihat gelagat mereka "berenang"dan "menyelam". Keesokan pagi juga aktiviti kolam renang diteruskan.

Langkawi - Kereta Kabel (2)

Selesai singgah di Masjid untuk solat, suami menunjukkan dari kejauhan kelihatan kereta kabel sedang bergerak. Tujuan utama dia ingin ke Langkawi sememangnya ingin menaiki kereta kabel. Saya? Saya tidak begitu teruja kerana saya mempunyai ketakutan pada tempat tinggi (gayat). Aduhai...saya sudah katakan padanya, saya tidak mahu naik kereta kabel. Anak-anak melihat dari kejauhan juga menyatakan takut. Tetapi akhirnya... naik juga.


stesyen terakhir

Kecut perut saya jangan dikatalah... sepanjang perjalanan naik ke atas Gunung MaCinchang itu, saya cuma duduk diam. Sekali-sekala berbual dengan 2 orang pelancong UK yang menaiki gondola yang sama. Tidak berani menoleh ke belakang serta mengambil gambar. Tugas itu saya serahkan kepada suami saya. Sampai di stesyen teratas sekali, menggigil saya dibuatnya. Saya cuma merayau di sekitar stesyen, manakala suami dan anak-anak saya berjalan di jambatan gantung. Subhanallah, pemandangan dari atas sememangnya cantik, sungguh mengagumkan.

pantai kok

Jambatan gantung

Kakak bergaya di tempat paling tinggi

Adik pada mulanya takut, sudah berani dengan tempat tinggi

telaga tujuh

Suami mengusik saya, katanya apa yang takutnya...saya katakan cuma orang yang mengalami fobia ini yang memahami. Sememangnya saya masih mempunyai fobia ini tetapi, Alhamdulillah, adik nampaknya sudah hilang fobia di tempat tinggi ini setelah menaiki kereta kabel.

Tuesday, December 23

Langkawi - Kereta Kabel (1)

Hari Khamis, pagi-pagi lagi sudah bersiap-sedia ke tempat Kereta Kabel. Harga tiket RM28/dewasa dan RM18/kanak-kanak (3 - 12 tahun). Tetapi bagi warganegara Malaysia yang menunjukkan MyKad di kaunter, diskaun diberikan. Untuk kami 2 dewasa 2 kanak-kanak, harga yang perlu dibayar cuma RM40 sahaja.

Pintu masuk ke Kereta Kabel

Nasib tidak menyebelahi kami. Pagi itu, kereta kabel tidak dapat diaktifkan kerana angin agak kencang. Jadi kami bersiar-siar sekitar Animals Garden itu.


Saya membeli 2 paket makanan rusa. Anak-anak tidak berani untuk mendekati rusa, hanya saya dan suami "melayani" rusa makan.

anak rusa sedang bersantai

Jika berminat, boleh menunggang gajah

untuk anak-anak, pasti tidak melepaskan peluang bermain-main dengan arnab

jika tidak geli, anda boleh bergambar dengan ular sawa (dibelit dileher) seberat 20kg ini

Tumpuan utama, kaunter ke Kereta Kabel

Langkawi - Perjalanan

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat kembali dari bercuti-cuti Malaysia di Langkawi. Sungguh menakjubkan pemandangan-pemandangan pantai di sana. Jam 8.00 pagi Rabu kami bertolak ke Alor Star, terus tiket feri ditempah pada jam 11.30 pagi. Harga tiket - RM23/dewasa dan RM17/kanak-kanak bagi perjalanan sehala. 3 tahun lalu, harga tiket sekitar belasan RM sahaja. Bagi yang ingin menaiki feri perlu berada di Jeti 1/2 jam sebelum perjalanan. Perjalanan dari Kuala Kedah - Langkawi mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit bergantung kepada kelajuan feri yang dinaiki.

Chalet Langgura Baron di Pantai Chenang telah ditempah seawal mungkin kerana bimbang tiada tempat penginapan lantaran cuti sekolah. Kami dapat bilik yang berharga RM130/malam, berhampiran dengan pantai. Jika inginkan bilik yang betul-betul mengadap pantai, Chalet Mali Best lebih dicadangkan.

Dari segi makanan, harganya agak mahal berbanding harga di sebelah tanah besar. Jadi, jika bajet agak terhad, rancangkan apa yang hendak dimakan. Kami membawa stok biskut serta air mineral untuk anak-anak ketika bersiar di sekitar lokasi pelancongan. Adat kanak-kanak bila berjalan, mereka sentiasa ingin makan, jadi sediakanlah "bekalan" untuk mereka, agak menjimatkan.

Kereta sewa agak susah untuk diperolehi kerana kami tidak menempahnya dari awal. Hanya Vios sahaja dengan harga RM120/sehari.

Jeti Kuala Kedah

Jeti Langkawi

Pantai Chenang

Inilah kereta kami untuk 3 hari

Monday, December 22

Nanti ya...

Saya baru pulang dari bercuti-cuti Malaysia. Masih kepenatan, nanti saya kemaskinikan "rumah" saya ini ya...

Tuesday, December 16

Cabaran

Saya buntu. Setelah dicuba install semula perisian statistik yang digunakan di laptop (selepas Hard disk rosak), ada yang tidak kena. Beberapa dicuba, tidak menjadi. Menu yang hendak digunakan hilang entah ke mana... aduh...saya tertekan! Versi yang di install kan adalah sama, tetapi menunya berlainan, kenapa ya? Nampaknya terpaksa juga ke pejabat untuk analisa data saya.

Friday, December 12

Girl ke Boy?

Tengok rambut adik sudah hampir menutup matanya.


Puas dipujuk untuk dipotong rambutnya, tak mahu katanya nanti macam "boy"... hehehehe. Tapi jika tidak dipotong, agak kusut masai jadinya memandangkan rambutnya sedikit kerinting. Suami juga bersetuju jika dipotong saja rambutnya, senang untuk diurus. Ketika di rumah mak tempohari, rambut kakak dan sepupunya sudah siap dipotong. Jenuh dipujuk yang seorang ini untuk dipotong rambutnya. Setelah mendapat "pujian" dari sepupu-sepupu yang lain, "adik comei kalau potong rambut", barulah disua kepala kepada toknya untuk dipotong. Itupun, jenuh mengeliat.

Makin bulat pula muka Siti Farwiizah!

Thursday, December 11

TAk tidur kah?

Alhamdulillah, disertasi saya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kesulitan di dalam penganalisaan data. Penyelia sudah berpesan, kena sedikit 'laju' untuk menghabiskan analisa data serta penulisan sebelum ujian lisan sekitar Mei atau Jun nanti. Berdebar-debar juga hati ini bila dia memberi peringatan yang selepas ini tidak tidur malam untuk menyiapkan disertasi. Begitukah? Agaknya dia bergurau? Hehehe...

Hati juga berdebar-debar untuk membuat pembentangan keesokan hari di Konferen yang kami anjurkan. Latihan 'suara' (amboi..macam penyanyi pula ya) sudah dilakukan...insyaAllah, harap-harap tidak gugup di hadapan peserta lain nanti.

Saturday, December 6

'Aidul Adha

Salam 'Aidul Adha buat sahabat-sahabat sekelian.
Selamat menjalani ibadah korban.

Thursday, December 4

Misteri

Beberapa hari lepas, kami sekeluarga menonton sebuah dokumentari "Against All Odds" samada di National Geographic atau Discovery Channel, saya kurang pasti. Segala isu yang diutarakan berkaitan dengan keajaiban di dalam dunia perubatan.

Apa yang paling terkesan di hati ialah kisah seorang wanita, Pam yang menghidap sakit kepala kronik akibat saraf di pangkal otaknya membengkak. Doktor terpaksa "mematikan" Pam secara klinikal dengan menurunkan suhu badannya ke paras hiportemia, di mana jantung dan otak Pam berhenti berfungsi untuk beberapa ketika sebelum melakukan pembedahan yang agak sukar. Ternyata pembedahan itu berjaya.

Apa yang menarik perhatian neurosurgeon serta doktor dan jururawat yang bertugas adalah, selepas Pam di"hidup"kan semula, Pam dapat menceritakan yang dia melihat segala prosedur pembedahan secara terperinci, serta dapat mendengar bunyi serta perbualan serta perincian tentang peralatan yang digunakan oleh neurosurgeon itu. Mereka kehairanan kerana sepatutnya otak Pam tidak berfungsi ketika itu, serta matanya ditutup pita pelekat. Mana mungkin dia dapat melihat pembedahan itu? Inilah persoalan yang sains tidak mampu untuk menerangkannya. Pam juga masih mencari jawapan bagaimana peristiwa ini terjadi kepadanya.

Bagi saya yang kurang pengetahuan ini, kemungkinan roh Pam yang berada di situ memerhatikan segala proses yang berlaku kepada tubuhnya. Sains tidak mampu untuk merungkai alam roh kerana ini merupakan ilmu sam'iyat yang tidak mampu dicapai oleh logik akal fikiran. Semoga Pam bertemu jawapan kepada persoalannya di dalam agama Islam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin