Showing posts with label wargakilang. Show all posts
Showing posts with label wargakilang. Show all posts

Wednesday, January 21

JJMK Pasca Banjir... Kelantan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Ada getaran di jiwa, ada sebak yang tidak terungkai sekembalinya dari misi pasca banjir NGO Wargakilang.  Sangat terkesan melihat kemusnahan di dalam skala yang besar dan insan yang kerdil ini tidak mampu untuk membantu semua :( Sekadar memujuk hati sendiri, teringat kisah pipit yang cuba memadamkan api marak yang membakar Nabi Allah Ibrahim a.s.  Sekurang-kurangnya inilah tanggungjawab kelak disoal, usaha yang teramat kecil yang telah dilakukan untuk membantu.

Tidak terbayang bagaimana dahsyatnya air melanda, di dalam kekalutan menyelamatkan diri, ianya mungkin gambaran kepada dahsyatnya hari kiamat.






Tanggungjawab kami adalah menyampaikan set tajaan alatulis oleh sahabat-sahabat budiman dan ahli qaryah masjid At-Taqwa untuk anak-anak mangsa banjir ini.  Bukan nilai yang dikira, tetapi sumbangan untuk memberikan sedikit keceriaan kepada anak-anak yang dilanda ujian ini.


Biarpun berada di dalam suasana yang tidak menentu ini, kami amat berbesar hati kerana ada makcik penerima sumbangan turut menghidangkan air teh o panas kepada kami para peserta konvoi.  Biarpun serba kekurangan ini, mereka masih memuliakan 'tetamu' yang datang menziarahi mereka.

bumbung yang sedikit terangkat dari tiangnya
  
relatif ketinggian air bah

paras air terkini (17hb) 



bahagian atas yang hanyut entah ke mana



tapak asal rumah ini adalah di bahagian belakang

relatif ketinggian air bah

entah berapa lama lagi akan kembali seperti sediakala
  
sebelum (google streetview) dan selepas






Hati tertinggal di sana, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.  Semoga mereka tabah menghadapi ujianNya dan diganti dengan yang lebih baik hendaknya.  Kembara yang menginsafkan betapa Allah berkehendakkan sesuatu berlaku 'Kun Fayakun', maka berlakulah ia dengan sekelip mata, melangkaui akal manusia yang tidak terjangka bah besar akan melanda.

Terima kasih kak Ros yang dikenali beberapa tahun lalu di medan jjmk yang menyediakan penginapan kami secara percuma.  Budi baik kak Ros tidak akan kami lupa, InshaAllah, bertemu lagi di lain masa, jika diizinkan yang Maha Esa.


Wednesday, December 24

Yang tersurat dan tersirat... JJMS Kemaman/Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Melihatkan langit yang suram dan mendung serta takungan air di sana sini sejak sekembalinya dari musafir beberapa hari yang lalu, saya teringatkan kembara Jalan-Jalan Masuk Kg menyampaikan sumbangan Sekolah (JJMS) yang dikelolakan oleh NGO Wargakilang di Kemaman/Kuantan pada 20 Disember yang lalu.  

Ada sedikit kegusaran di hati sebelum kenderaan dipacu ke daerah sana yang sudah dimaklumi cuaca yang tidak menentu serta banjir yang bila-bila masa boleh berlaku. Keputusan untuk menyertainya juga dibuat secara last-minute memandangkan ada urusan yang perlu diselesaikan di Melaka beberapa hari sebelumnya (akan ditulis kemudian). Segala-galanya diserahkan kepada Yang Maha Esa untuk menyelamatkan perjalanan kami bimbang-bimbang terkandas di laluan yang ditutup akibat banjir.

Ketika kaki berpijak di bumi Kemaman sehari sebelumnya, hujan seharian tidak reda sehingga lewat malam membawa ke pagi Sabtu hari JJMS tersebut.  Ada hikmah yang tersirat di mana kembara pada hari tersebut dapat berlangsung di dalam cuaca yang terang-benderang, langit kebiruan...cantik mata memandang biarpun di kiri kanan jalan dapat dilihat lautan air membanjiri ladang kelapa sawit serta tanah lapang. 















Sehari selepas berlangsungnya, perkhabaran diterima, hujan mula mencurah-curah kembali di bumi Kemaman.  Allahu Akbar, perancangan Allah itu yang terbaik... 



Jambatan di Kg Teladas ini mula ditenggelami air sehari selepas JJMS.  Bagaimana agaknya insan-insan yang telah kami santuni di daerah Kemaman serta Balok, Kuantan jika kampung mereka dinaiki air banjir.... Bagaimana pula dengan persiapan persekolahan yang baru diterima mereka.  Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka yang dilanda ujian banjir ini.  Mudah-mudahan Allah gantikan dengan yang lebih baik di atas ketabahan mereka menghadapi ujian ini.  




anak-anak yang ceria dengan beg sekolah baharu mereka





:( :( :( 

Terima kasih sahabat-sahabat yang terus-terusan menyokong dan memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan amanah kalian.  Setiap kali melihat titisan airmata kegembiraan penerima, itulah yang menjadi pendorong dan penguat semangat untuk diri ini terus berkhidmat membawa amanah dari sahabat-sahabat sekelian.

Jazakallahu khairan katheera...

Tuesday, November 11

Perjuangan yang belum selesai... JJMK Jerantut/Kuala Lipis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.


Kata Al-Fadzil Ustaz Fadli Yusof, seorang mubaligh yang giat berdakwah di pedalaman Sabah, "Berjuanglah untuk dapat taqwa, yakni berusaha buang perangai jahat seperti sombong, dengki, bakhil, tamak dan lain-lain.  Walaupun kerjanya berat, ia perlu ditempuh, inilah perjuangan awal.".

Atas perjuangan inilah, setiap kali kami sekeluarga cuba menyelitkan diri di dalam keterbatasan waktu untuk mengikuti Jalan-jalan Masuk Kampung (JJMK) anjuran NGO WARGAKILANG (WK) ini.  Kami 'tamakkan' pahala dan ehsanNya kerana inilah satu-satunya sumber matawang di akhiran kelak di saat RM, USD$$, Euro$$ dllnya tiada nilaiannya di sisi Allah.  Dengan RM sekarang inilah dapat membuat tabungan untuk di Sana nanti.  Walaupun tidak mewah dengan harta untuk memberi, cukuplah sekadar 'menumpang' barangan sumbangan yang dikirimkan oleh dermawan-dermawan di belakang tabir yang tidak dikenali dengan membawa sumbangan mereka ke merata ceruk kampung meredah beratus-ratus malah beribu-ribu kilometer untuk tiba ke destinasi.  Kata-kata ini, "kalau tak bawa (barang), tak sampai juga juga kat (pada) kami" masih terngiang-ngiang di telinga ini.  Ya, jika tiada siapa yang membawa ke kumpulan sasaran, tiada gunanya sumbangan menggunung yang ada.  Menghulurkan RM adalah mudah, tetapi untuk meluangkan masa, memerah keringat untuk membawanya adalah satu usaha yang tidak kurang penatnya.  Mudah-mudahan ada bahagiannya untuk kami ini, InshaaAllah.

perjalanan kami (lebih kurang) kerana laluan sebenarnya adalah sedikit berlainan dari yang ditanda oleh Google Map
almarhum berjaket putih
Cetusan inspirasi JJMK Jerantut/Kuala Lipis ini adalah dari almarhum saudara Abd Manan Abd Ghani, ketua WK Pahang yang dijemput kembali ke pangkuanNya beberapa hari sebelum berlangsungnya JJMK.  Namun, hasratnya ini telah direalisasikan oleh rakan-rakan WK yang lain.  Alhamdulillah.  Hanya mengenali sosok orangnya ketika program JJMK sebelum ini, kami amat kagum dengan semangat dan kegigihannya untuk membantu golongan yang ditakdirkan tidak bernasib baik seperti orang lain.  Ketika JJMK menyampaikan sumbangan persekolahan di Kemaman Terengganu Disember tahun lalu, almarhum yang baru selesai menjalani dialisis telah bergegas ke lokasi sumbangan kerana 'cemburu' melihat kami yang jauh dari utara dapat meluangkan masa di situ.  Dalam keterbatasan kesihatan beliau masih juga menghulurkan khidmat baktinya kepada orang lain.  Subhanallah, mudah-mudahan kerjabuat WK yang dipelopori oleh beliau menjadi penyumbang pahala yang berterusan buat almarhum.  Berpenat-lelah di dunia untuk kerehatan di Sana.  Al-Fatihah.  

Perjalanan kami menyelusuri perjalanan saujana mata memandang dengan kehijauan alam berbukit-bukau seperti roller coaster.  Subhanallah, sangat mengujakan kami.  Keindahan alam yang jarang-jarang dinikmati jika tidak mengembara keluar dari kepompong tempat sendiri.  Inilah kali pertama menjejakkan kaki di Jerantut, pertama kali melalui Ringlet - Sg. Koyan - Kuala Lipis - Jerantut!  :D  Saya sangat teruja dengan trip ini kerana pada asalnya perlu ke Jerantut untuk ke stesen meteorologi bersama penyelia yang dirancang pada bulan Jun yang kemudiannya ditunda ke Oktober yang tidak menjadi itu.  Allah telah merencanakan sesuatu untuk ke Jerantut atas 'tugasan' yang lebih istimewa Alhamdulillah.  Rezeki yang tidak disangka-sangka juga untuk perjalanan ini adalah rahmat dari Allah swt. Ianya menjadi trip yang mempunyai keistimewaan tersendiri secara peribadi.










Hotel Firdaus, hotel bajet dengan hanya RM90/semalam untuk 2 katil Queen.  Jika tidak silap, 2 katil single dengan harga RM50 serta single RM35.  Sangat berpatutan untuk penginapan bajet yang agak selesa. 

Pertemuan bersama peserta lain ditetapkan di Masjid Tengku Mahkota Abdullah. Sebagaimana kebiasaan, perjalanan konvoi 15 kereta ini didahului dengan bacaan doa, kali ini doa yang mendayu yang menusuk hati oleh saudara Sharuzi dari KL yang turut memanjatkan doa buat saudara wk kami yang telah mendahului kami :(  

Misi kali ini menyantuni golongan penoreh getah di Kg Damak (40 penerima), Kg Lada (40 penerima), Kg Aur Gading (47 penerima) dan Kg Chegar Perah (33 penerima).  Kisah yang sama dihidangkan kepada kami biarpun lokasi mereka berbeza.  Rata-rata terjejas dengan kemerosotan harga getah serta cuaca yang tidak menentu untuk meneruskan pekerjaan demi kelangsungan hidup.  Terputus bekalan beras adalah biasa, nasi berlaukkan garam adalah lumrah buat mereka :( Perkara yang lumrah bagi mereka adalah sesuatu yang tidak biasa bagi kita....maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan...


Center 1 : Kg Damak - 40 penerima


center 2 : Kg Lada - 40 keluarga
Harap ada rahmatnya buat penerima dan pemberi sumbangan
Center 3 : Kg Aur Gading - 47 penerima

Center 4 : Kg Chegar Perah - 33 penerima

Melihat anak-anak ini berebut-rebut menyusun barangan tanpa disuruh atau diarahkan menjadikan hati sedikit lega.  Mudah-mudahan di jiwa mereka meresap semangat untuk memberikan manfaat buat manusia lain di kemudian hari. 

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

Laporan akhbar terkini bahawa sardin bukan lagi makanan orang miskin ada kebenarannya. Bagaimana mahu membeli setin yang berharga RM6 jika sekampit gula RM2.80 pun mereka tidak mampu beli! :(


Demikianlah kisah perjuangan yang belum selesai... selagi adanya si miskin, maka tugas si kaya untuk memberi kepada golongan ini.  Selamat berjuang wahai sahabat!

Untuk album penuh perjalanan kembara ini, sila berkunjung ke sini.  


Treat untuk anak-anak di atas penat-lelah mereka menyumbang tenaga di dalam jjmk ini... singgah santai satu malam di Cameron Highlands di dalam perjalanan balik :)



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin