Wednesday, December 24

Yang tersurat dan tersirat... JJMS Kemaman/Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Melihatkan langit yang suram dan mendung serta takungan air di sana sini sejak sekembalinya dari musafir beberapa hari yang lalu, saya teringatkan kembara Jalan-Jalan Masuk Kg menyampaikan sumbangan Sekolah (JJMS) yang dikelolakan oleh NGO Wargakilang di Kemaman/Kuantan pada 20 Disember yang lalu.  

Ada sedikit kegusaran di hati sebelum kenderaan dipacu ke daerah sana yang sudah dimaklumi cuaca yang tidak menentu serta banjir yang bila-bila masa boleh berlaku. Keputusan untuk menyertainya juga dibuat secara last-minute memandangkan ada urusan yang perlu diselesaikan di Melaka beberapa hari sebelumnya (akan ditulis kemudian). Segala-galanya diserahkan kepada Yang Maha Esa untuk menyelamatkan perjalanan kami bimbang-bimbang terkandas di laluan yang ditutup akibat banjir.

Ketika kaki berpijak di bumi Kemaman sehari sebelumnya, hujan seharian tidak reda sehingga lewat malam membawa ke pagi Sabtu hari JJMS tersebut.  Ada hikmah yang tersirat di mana kembara pada hari tersebut dapat berlangsung di dalam cuaca yang terang-benderang, langit kebiruan...cantik mata memandang biarpun di kiri kanan jalan dapat dilihat lautan air membanjiri ladang kelapa sawit serta tanah lapang. 















Sehari selepas berlangsungnya, perkhabaran diterima, hujan mula mencurah-curah kembali di bumi Kemaman.  Allahu Akbar, perancangan Allah itu yang terbaik... 



Jambatan di Kg Teladas ini mula ditenggelami air sehari selepas JJMS.  Bagaimana agaknya insan-insan yang telah kami santuni di daerah Kemaman serta Balok, Kuantan jika kampung mereka dinaiki air banjir.... Bagaimana pula dengan persiapan persekolahan yang baru diterima mereka.  Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka yang dilanda ujian banjir ini.  Mudah-mudahan Allah gantikan dengan yang lebih baik di atas ketabahan mereka menghadapi ujian ini.  




anak-anak yang ceria dengan beg sekolah baharu mereka





:( :( :( 

Terima kasih sahabat-sahabat yang terus-terusan menyokong dan memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan amanah kalian.  Setiap kali melihat titisan airmata kegembiraan penerima, itulah yang menjadi pendorong dan penguat semangat untuk diri ini terus berkhidmat membawa amanah dari sahabat-sahabat sekelian.

Jazakallahu khairan katheera...

1 comment:

  1. Melihat usaha2 pihak JJMK dan reaksi penerima membuatkan saya yakin dengan usaha menyokong JJMK :) teruskan .... azam tahun 2015 nak join sekali satu ekspedisi ...

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin