Showing posts with label masters. Show all posts
Showing posts with label masters. Show all posts

Wednesday, August 12

Konvokesyen


Setelah 3 tahun bertungkus lumus secara sambilan (orang setahun saja - pedulikan hehehe), akhirnya, saya berjaya juga menggenggam segulung ijazah sarjana bersempena Konvokesyen USM yang ke-40. Alhamdulillah. Segalanya telah berakhir. Sewaktu menelefon penyelia saya, dia segera mencelah, "boleh buat PhD lah ya selepas ini", hehehe... sabarlah Dr., InsyaAllah, nanti saya akan menyusul jika diizinkan Allah. Cemburu juga melihat kawan-kawan yang sebaya atau yang lebih muda dari saya sudah mengorak langkah PhD atau yang sudah berakhir dengan gelaran Dr.

bersama sahabat dan juga teman serumah ketika konvokesyen ijazah sarjana muda

Kenangan ketika menjalani konvokesyen peringkat ijazah sarjana muda dahulu kembali berputar di dalam kepala. Ketika itu, saya hanya meraikan hari "bersejarah" itu bersama kawan-kawan. Habis sekeliling kampus kami jelajah untuk mengambil gambar kenangan. Kebetulan, konvokesyen ketika itu berlangsung di musim sejuk, apalagi, berposing sakanlah dengan keputihan salji.



Konvokesyen kali ini diraikan bersama keluarga, namun, sayangnya, bapak tidak dapat bersama ketika meraikan kejayaan ini. Terngiang di telinga saya ketika arwah bapak berpesan kepada kami, "bapak tiada harta yang dapat bapak bagi, cuma bapak dapat bagi pendidikan". Dari saat itu, saya tanamkan azam untuk mengejar ilmu setinggi yang boleh. Ketika menamatkan ijazah pertama dahulu, keazaman untuk menyambung pengajian tidak pernah padam walaupun ketika itu saya bekerja di sektor swasta. Cuma sekarang ini, saya mempunyai keyakinan untuk meneruskannya.


Insan yang banyak memberi dorongan dan semangat (Terima Kasih Abang)


Mak yang banyak berkorban melayan kerenah anaknya yang tidak jemu-jemu belajar


Bakal pensyarah Matematik katanya...


Alhamdulillah

Thursday, June 18

Alhamdulillah


Setelah bertungkus-lumus menyiapkan dissertasi saya, Alhamdulillah, semuanya telah selamat diserahkan kepada pusat pengajian. Perancangan awal untuk menyudahkan naskhah akhir berkulit keras tergendala kerana cetakan di depan muka hadapan dissertasi tersebut senget. Alhamdulillah, jangka masa tarikh akhir penyerahan masih panjang, kami minta orang kedai itu membetulkannya semula. Akhirnya, pada 8/6 segalanya selamat diserahkan kepada pusat pengajian, 4 hari berbaki ke tarikh akhir penyerahan. Alhamdulillah...

Wednesday, May 6

Tips untuk Viva

maaf...gambar senget pula

Saya bukannya seorang yang pandai, tetapi, harapan saya, sedikit ilmu yang dititipkan di sini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang memerlukannya. Setelah selesai menjalani peperiksaan lisan "viva-voce" untuk Sarjana pada Isnin, 4 Mei lepas, saya ingin berikan sedikit tips kepada mereka yang ingin melanjutkan ke peringkat sarjana. Tips ini mungkin bergantung kepada universiti masing-masing, tetapi secara umumnya, saya rasa boleh digunapakai oleh semua. Semasa viva, anda tidak dibenarkan melihat nota atau naskah thesis/disertasi anda dan segala jawapan adalah semata-mata lisan.

Ini tipsnya:

1. Keterampilan diri mestilah kemas.
2. Masuk ke bilik viva dengan tersenyum (cuba lindungi perasaan yang tengah gementar itu) serta berikan ucapan salam/selamat pagi kepada pemeriksa.
3. Duduk dengan tertib (anda akan berhadapan dengan pengerusi bagi viva tersebut).
4. Tunggu sehingga pengerusi selesai bertanya sebelum anda menjawab apa yang ditanya.
5. Apabila diminta untuk menceritakan latar-belakang penyelidikan, ceritakan dengan penuh yakin dan wujudkan eye-contact dengan setiap pemeriksa/penyelia yang ada di dalam bilik tersebut.
6. Jika tidak faham soalan yang ditanya, dengan tertib minta mereka ulangi soalan supaya anda dapat menjawab dengan tepat untuk soalan yang ditanya.
7. Apabila dikomen tentang format atau hasil kerja anda, beritahu mereka yang anda akan baiki kemudian.
8. Sesudah selesai sesi lisan, ucapkan terima kasih kepada mereka.

Anda akan diberikan naskah thesis atau disertasi untuk dibuat pembetulan (jika ada) dan cuba patuhi tarikh akhir untuk menghantar naskah laporan akhir yang berkulit tebal.

(Tips ini hanya untuk menghadapi viva di peringkat sarjana ye, untuk di peringkat Doktor Falsafah (PhD) mungkin berlainan)

Saturday, May 2

Seminar

Selesai sudah seminar untuk pelajar sarjana pada hari Khamis, 30 April lalu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bertubi-tubi soalan ditanya samada dari penilai atau dari penyelia dan Alhamdulillah, dapat dijawab dengan yakin. Ketika keluar dari bilik seminar, penyelia bertanya di hadapan penilai samada saya ingin meneruskan ke peringkat PhD. Saya hanya mengangguk sambil tersenyum. Cepat-cepat disuruhnya saya berjumpa dengannya sebaik selesai viva pada 4 Mei nanti. Saya terus menyatakan yang saya ingin "berjalan" (makan angin) dahulu sambil disambut dengan ketawa oleh penyelia saya dan penilai.

sedang berdebar ketika memulakan pembentangan

Setakat ini, saya menyimpan debaran untuk disoal semasa viva pada hari Isnin nanti.

Monday, March 23

Kembali

Agak lama saya tidak mengemaskinikan teratak ini. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang "tempoh mengeram" saya. Alhamdulillah, tinggal saki-baki penulisan yang perlu dibuat. Semakin mendekati tarikh untuk menghantar tesis saya, debaran semakin kuat terasa. Tidur malam, tetap lena... hehehe...tetapi sebelum tidur itu lah yang sedikit terganggu. Kemana-mana pergi teringatkan tesis yang belum selesai. Pada 13/4 ini, saya perlu menghantar tesis untuk dinilai. Tarikh untuk seminar kemungkinannya hujung bulan 4 ini serta "viva", awal bulan Mei... tarikh belum dapat dipastikan lagi. Dup dap dup dap...

Thursday, March 5

Tempoh "mengeram"

2 minggu ini saya berkurung saja di rumah, hendak keluar pun malas rasanya. Ini gara-gara ingin menyiapkan thesis yang tinggal beberapa bab lagi...buku dan kertas, kiri kanan depan belakang...hehehe. Sakit-sakit badan dibuatnya asyik mengadap laptop. Saya faham, seharusnya, saya melakukan sedikit regangan selepas beberapa ketika berada di depan komputer, tetapi... terasa masa begitu berharga untuk dilepaskan. Tidak sabar untuk menghabiskan thesis ini...hehehehe....itu belum PhD... hmmmm... masih berkira-kira untuk meneruskan cabaran ke peringkat PhD.

Friday, January 9

Sabar....

Kepala saya agak pusing hari ini memikirkan data analisis saya. Agaknya inilah yang dirasakan apabila semakin hari semakin hampir dengan dateline untuk menghantar laporan penuh dissertasi. Moga-moga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada saya untuk menghabiskan apa yang telah dimulai ini. Hanya beberapa bulan saja lagi...sabar...sabar...

Itu yang untuk meredakan "kepusingan" kepala saya, diubah gambar header yang baru... hehehehe. Sekurang-kurangnya lega sedikit...

Tuesday, December 16

Cabaran

Saya buntu. Setelah dicuba install semula perisian statistik yang digunakan di laptop (selepas Hard disk rosak), ada yang tidak kena. Beberapa dicuba, tidak menjadi. Menu yang hendak digunakan hilang entah ke mana... aduh...saya tertekan! Versi yang di install kan adalah sama, tetapi menunya berlainan, kenapa ya? Nampaknya terpaksa juga ke pejabat untuk analisa data saya.

Thursday, December 11

TAk tidur kah?

Alhamdulillah, disertasi saya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kesulitan di dalam penganalisaan data. Penyelia sudah berpesan, kena sedikit 'laju' untuk menghabiskan analisa data serta penulisan sebelum ujian lisan sekitar Mei atau Jun nanti. Berdebar-debar juga hati ini bila dia memberi peringatan yang selepas ini tidak tidur malam untuk menyiapkan disertasi. Begitukah? Agaknya dia bergurau? Hehehe...

Hati juga berdebar-debar untuk membuat pembentangan keesokan hari di Konferen yang kami anjurkan. Latihan 'suara' (amboi..macam penyanyi pula ya) sudah dilakukan...insyaAllah, harap-harap tidak gugup di hadapan peserta lain nanti.

Friday, September 5

Pembakar Semangat

Seseorang pernah mencadangkan, jika ingin menulis buku, siapkan muka depan (cover) nya dahulu. Tujuannya, sebagai pembakar semangat kita untuk terus menulis.



Begitulah yang saya buat. Awal-awal lagi sebelum memulakan dissertasi saya, saya telah menyiapkannya. Dan juga untuk muka surat penghargaan juga telah disiapkan! hehehe...

Wednesday, August 13

Disertasi

Alhamdulillah, perjalanan disertasi saya berjalan dengan lancar, walaupun tak secepat guna V-power, tapi tak le selambat kura-kura saya rasa. Petang tadi berkesempatan bertemu dengan penyelia, Alhamdulillah, segalanya berada di landasan yang betul. Data juga telah diperolehi...dan saya tidak akan pandang belakang lagi...meneruskan perjuangan ini. Hmm.. sebelum balik, beliau sempat meniupkan semangat PhD...hehehehe... tersenyum saya...insyaAllah Dr.... jika diizinkan Allah, ingin juga saya mengikut jejak langkah Dr. dan juga teman-teman yang lain.

Tuesday, July 1

Rasmi

Hari ini bermulalah cuti belajar selama setahun. Pagi ini bangun dengan semangat baru...semangat untuk bersungguh2 menghabiskan master serta menolong rakan-rakan yang memerlukan pertolongan sedaya mampu saya. Moga-moga perjalanan ini dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Amin.

Friday, June 27

Ku Terus Melangkah

Semalam berkesempatan menjejak kaki ke USM Minden setelah beberapa bulan tidak ke situ, tujuannya satu, untuk membayar yuran semester ini. Penyelia saya di USM Transkrian. Saya tidak akan sia-siakan pengorbanan masa, tenaga dan wang untuk mendapatkan Sarjana ini. Moga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan saya. Amin.

segala urusan kemasukan dan pembayaran di sini

InsyaAllah, satu hari nanti saya akan berdiri di dewan ini untuk menerima ijazah. Moga umur saya masih panjang untuk merasai saat itu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin