Friday, June 27

Ku Terus Melangkah

Semalam berkesempatan menjejak kaki ke USM Minden setelah beberapa bulan tidak ke situ, tujuannya satu, untuk membayar yuran semester ini. Penyelia saya di USM Transkrian. Saya tidak akan sia-siakan pengorbanan masa, tenaga dan wang untuk mendapatkan Sarjana ini. Moga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan saya. Amin.

segala urusan kemasukan dan pembayaran di sini

InsyaAllah, satu hari nanti saya akan berdiri di dewan ini untuk menerima ijazah. Moga umur saya masih panjang untuk merasai saat itu

8 comments:

  1. salam,

    amin..saya doakan utk akak sampai saat itu.

    Skrg teruskan berjuang hingga ke titik akhir.

    akak akan rasa 'kemanisan' dan 'kepuasan' yang tidak terhingga bila submit hard cover disertasi / tesis master tu nanti. Manisnya masyaAllah..tak tergambar. hanya orang yang dah laluinya sahaja mengetahuinya. Percayalah.

    Yang pasti, doa dan munajat mohon bantuan Allah di saat2 genting..Allah pasti makbulkan. InsyaAllah. Saya dah lalui saat itu.

    Sesekali bila terasa down, fikirkan nak merasa jubah dan topi master tau..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih syikin. Ni yang jadi lagi kuat semangat ni...hehehe.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah... usaha tangga kejayaan ke ke ke... tapikan, konvo masa master tak best le, masa degree juga yang best sebab ramai kenkawan... ahaks... tapi tak pe la masa master nanti ada cik abang dan kanak2 ribena nak bagi bunga kat luar dewan :)

    ReplyDelete
  4. salam,

    hehe..betui cakap alin tu, mmg konvo masa degree lagi best sbb ramai kawan sekuliah..masa master lain, sbb ada kawan2 yg daftar sama ngan kita ada yang dah abih dulu pun ada, ada yg kantoi pun ada. masa saya dulu, kawan yg sama daftar ngan saya sorang aje amik scroll ngan saya, itu pun dia tak hadir waaa..yg lain tu semua junior, tak kenal pun. sbb saya abih master lambat,dek 2x maternity leaves hehee.

    ReplyDelete
  5. lin,
    betul, masa degree tu ramai kawan2, seronok betul. siap pusing 1 kampus, ambik gambar. masters ni? hehehe, tak tau lagi. harap2 tu kwn yg sorang tu (syikin jugak namanya) akan grad sekali.

    syikin,
    tak pe.. janji dpt ambik scroll jugak kan.

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan,
    moga success dlm study.. dan tercapai segala impian..

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan,
    terima kasih kerana menjengah. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  8. salam k ilah,

    akak dah start cuti belajar ke? skang kena ulang alik ke Transkrian?sama la mcm saya...Supervisor akak school mana?buat by research ke?

    Semoga Allah permudahkan kita yg tgh sambung belajar ni...dan Allah kurniakan kejayaan kepada kita...Aminnn.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin