Resepi yang teramat ringkas, mudah dan cepat untuk orang yang sibuk (dan yang tak sibuk juga :) ). Aktiviti yang boleh dibuat bersama dengan anak-anak juga.
Rasanya sedap, tidak manis, rangup tetapi lembut.
Terima kasih pada tuan punya buku ini, Puan Roza Roslan yang berkongsi resepi ringkas tetapi sedap ini.
Bahannya:
**1
1/2 cawan mentega (150gm)
1/4 cawan gula ising (60gm)
**2
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
secubit garam
Panaskan oven 150C
Pukul sehingga kembang bahan **1
Masukkan bahan **2. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan
Alaskan loyang dengan kertas masakan. Bakar selama 20-30min.
Nota : Cubalah...anak-anak saya sukakannya. Saya tidak gunakan kertas masakan, bawahnya sedikit 'gelap' :D