Monday, July 1

Scottish shortbread..edisi resepi

Resepi yang teramat ringkas, mudah dan cepat untuk orang yang sibuk (dan yang tak sibuk juga :) ).  Aktiviti yang boleh dibuat bersama dengan anak-anak juga.

Rasanya sedap, tidak manis, rangup tetapi lembut.  





Terima kasih pada tuan punya buku ini, Puan Roza Roslan yang berkongsi resepi ringkas tetapi sedap ini.

Bahannya:

**1
1/2 cawan mentega (150gm)
1/4 cawan gula ising (60gm)

**2
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
secubit garam

Panaskan oven 150C
Pukul sehingga kembang bahan **1
Masukkan bahan **2.  Uli sehingga doh tidak melekat di tangan
Alaskan loyang dengan kertas masakan.  Bakar selama 20-30min.


Nota : Cubalah...anak-anak saya sukakannya. Saya tidak gunakan kertas masakan, bawahnya sedikit 'gelap' :D

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin