Showing posts with label bengkel. Show all posts
Showing posts with label bengkel. Show all posts

Monday, April 19

Bengkel "Art of Writing Manuscript in Impact Factor Journals"


Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti bengkel sehari "Art of Writing Manuscript in Impact Factor Journals” yang dianjurkan oleh kelab pensyarah UiTMPP.  Bengkel yang disampaikan oleh Prof. Bassim H. Hameed dari Faculty of Chemical Engineering, USM ini amat berguna sekali untuk para pensyarah, penyelidik, pelajar pasca siswazah serta para penulis ilmiah.  Ingin saya berkongsi sedikit ilmu yang dapat saya perolehi di dalam bengkel ini untuk rujukan saya sendiri serta sesiapa saja yang ingin menulis manuskrip untuk dihantar ke Jurnal di peringkat antarabangsa.

Why do we publish? 
  • to advance knowledge in your research field with evidence
  • to share research findings and discoveries with scientists
  • your institution's 
    • contribute to school's KPI
    • maintain U status
Tugas para akademik bukan saja tertumpu kepada pengajaran semata-mata tetap juga khidmat kepada masyarakat, khidmat perundingan serta penyelidikan.

Prof Bassim sedang menyampaikan ceramahnya

Research Output can be :
  • published
  • patented
  • commercialized
Menurut Prof. Bassim, untuk publish di dalam jurnal antarabangsa, bukanlah satu kerja yang mudah.  Alangkan penulisan seorang prof juga boleh ditolak atas sebab-sebab tertentu.  Katanya setiap penulisan haruslah melalui "The Shark" iaitu tapisan para reviewers yang bukan seorang tetapi terdiri daripada beberapa orang.  Namun, kita juga boleh publish jika kita tidak berputus asa seperti Thomas Edison yang tidak berjaya sebanyak 700 kali untuk menghasilkan lampu dan akhirnya namanya terpahat sebagai pencipta lampu yang pertama.   


untuk 'publish' di jurnal antarabangsa bukanlah satu kerja yang mudah


Needs skills development to:

  • identify the scope of research
  • do literature search and reading articles
  • identify research methodology
  • analyze the findings
  • do manuscript writing

Prof. Bassim seterusnya berkongsi senario

1. Research Idea
  • Do research
  • Write paper
2. Research Idead
  • Write paper
  • Do research

Kedua-dua senario ini boleh digunapakai di dalam menjalankan penyelidikan serta penulisan.

Manuskrip penyelidikan seharusnya mempunyai Introduction, Methodology, Results and Discussion (IMRaD).




Manuscript Life Cycle


Response to reviewers' comments
  • don't get angry
  • don't take it personally
  • be calm and objective
  • take all comments seriously
  • don't ignore any comments
  • try to make the majority of the changes requested
  • negotiate the more radical suggestions as needed
  • respond to every comments whether positive or negative
  • try to win the editor!
Sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan di sini.  Agak sukar kerana kami tidak diberikan bahan rujukan untuk bengkel ini.  Dengan kudrat yang ada saya cuba mencatat sebanyak mungkin apa yang disampaikan oleh Prof.  Itupun ada yang tertinggal.

sempat berposing bersama rakan sejabatan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin