بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Transport museum atau Rahmi M Koç Museum adalah muzium utama di Turki khusus
kepada sejarah pengangkutan, industri dan komunikasi. Muzium ini mempamerkan koleksi pelbagai barangan dari sekecil-kecil item sehinggalah ke sebesar kapal dan kapalterbang.
Muzium ini dilawati oleh en suami dan
anak-anak sahaja. Apabila ditanya tempat yang anak-anak sukai yang dikunjungi
di Istanbul, muzium ini menjadi pilihan mereka.
Sayangnya saya tidak dapat melihat sendiri muzium ini yang terletak di Hasköy, pesisir pantai Golden Horn di
sebelah Asia.
Muzium ini terbahagi kepada beberapa seksyen, iaitu pengangkutan darat, rel, laut, alat kejuruteraan, alat komunikasi, instrumen saintifik, Model and Toys serta Hands-on.
di dalam kawasan muzium |
muzium kapal selam |
Muzium 'Time travel in Istanbul' ini sangat dicadangkan untuk dikunjungi. Bayaran masuk ke muzium adalah :
Dewasa : 12.5TL
Pelajar : 6TL
Muzium Kapal Selam
Dewasa : 7TL
Pelajar : 5TL
Antara pengangkutan untuk ke muzium |
Untuk lawatan secara maya, bolehlah lawati laman web berikut: Rahmi M Koç Museum.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?