Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.
Tarikan terkini di Pantai Klebang adalah deretan bas bandaran lama yang sudah diubahsuai untuk dijadikan gerai, hotel serta tandas awam. Menarik sekali konsep yang diketengahkan untuk memikat para pengunjung ke negeri Melaka.
bas yang telah diubahsuai menjadi tandas awam |
ruang pemandu yang telah diubahsuai |
Satu lagi tarikan di Pantai Klebang adalah muzium kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 yang telah dibuka kepada umum pada 1 Disember 2012. Ianya memberikan pengalaman berada di dalam sebuah kapal selam yang sempit...saya tidak mampu untuk berada di dalam ruang yang bersaiz begini untuk jangkamasa yang lama. Bagaimanalah agaknya petugas-petugas kapal selam dapat bertahan lama di dalam ruang sebegini. Terkenang pula kisah di mana para petugas kapal selam The Kursk yang menemui ajal mereka di dalam kapal selam di dasar laut.
Bayaran masuk : RM3/dewasa, RM1/kanak-kanak.
Waktu lawatan : 9pg - 5.30ptg.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?