Monday, July 21

JJMK Pengkalan Hulu, 7 Ramadhan 1435 - yang tersurat dan tersirat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Lamanya tidak mengemaskini blog ini.  Ramadhan ini, genap 4 tahun kami menyertai aktiviti jalan-jalan masuk kampung (JJMK) anjuran NGO Wargakilang.  Kali pertama saya menyertai di bawah payung kelab pensyarah UiTM Pulau Pinang, terima kasih pengerusi kelab pensyarah (ketika itu) Saudara Syazwan yang menjadi pencetus kepada aktiviti saya sekeluarga ini. Padang ingatan ini sentiasa terkenangkan wajah bersih mak lang yang kami temui pada edisi jjmk yang pertama itu.  Mak lang kembali menemui penciptaNya Ramadhan tahun berikutnya.  Semoga mak lang tenang di sana.  

kenangan JJMK Ramadhan 1431

Sepanjang menyertai JJMK, pelbagai kisah masyarakat yang dapat diperlihatkan untuk peringatan dan tazkirah diri yang menulis ini.  Tidak semua dilahirkan di dalam keluarga yang mampu menyediakan segala kelengkapan keluarga.  Tidak semua dilahirkan di dalam keluarga yang mampu untuk menyara pendidikan anak-anak :( namun ianya menjadi pembuka mata bahawa di dalam serba keterpayahan, masih ada keluarga yang masih menitik-beratkan pendidikan dunia dan akhirat.  Pak Sahak di Selama, Puan Fatimah di Kuala Krai serta Puan Rabayeah di Gerik antara keluarga yang menongkah arus untuk memastikan pendidikan anak-anak terjamin.   Bukan calang-calang anak mereka yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Alhamdulillah.

JJMK Pengkalan Hulu ini kami ikuti dengan membawa amanah dari rakan-rakan penaja menyediakan sedikit buah-tangan untuk keluarga di sini.  Saksi penyerahan buat rakan-rakan yang telah bermurah hati berkongsi rezeki dengan mereka yang diuji dengan kemiskinan/kedaifan serta ketidakupayaan.  Barakallahu fikum.


klik untuk besarkan imej

Apa perlunya beramai-ramai melawat keluarga-keluarga ini?  Bukankah mudah jika segala sumbangan diserahkan kepada AJK terlibat dan hanya mereka saja yang menyampaikan segala amanah.  Ianya tidak sama dengan hanya 'menghulurkan' dengan merasai sendiri pengalaman bertemu mereka.  'Perasaan' merasai penderitaan itu tidak meresap ke jiwa.  Seeing is believing... itulah live tazkirah yang dapat dikutip dari pengalaman masuk kampung ini.  Ianya pengalaman di luar bilik darjah yang paling berguna untuk anak-anak merasai penderitaan orang lain, bukan hanya melihat di kaca televisyen.  Pengalaman dikirim du'a yang tulus ikhlas dari penerima, itu yang diharapkan dari jelajah ini.  





Pengkalan Hulu sekali lagi mengumpulkan peserta dari pelbagai latar-belakang dan negeri.  Tidak keterlaluan jika kekaguman saya kepada para peserta yang bertolak dari Kelantan, Perlis seawal jam 6 pagi, dari Kuala Lumpur, jam 2 pagi semata-mata untuk meraih pahala yang ganjarannya berlipat ganda di bulan Ramadhan yang barakah ini.  CEMBURU! saya dibuatnya :) .  Pastinya pahala mereka berganda-ganda berbanding kami yang dekat ini tetapi masih mengeluh letih dan penat!  Tabarakallahu fikum buat peserta-peserta JJMK yang datang dari jauh.   



simbolik penyerahan :D

Pemandangan yang jarang-jarang dapat diperolehi...



Inilah yang menanti kami... pengalaman yang jarang-jarang dapat dikutip selama hidup...



:D :D Praktis menoreh kononnya... puas menjawab soalannya kerana getah sekerap yang dilihat di dalam rancangan upin ipin berwarna putih! sedangkan ini berwarna sedikit keperang-perangan :D :D :D


Jika berminat, sudi-sudikanlah bersama kami jalan-jalan masuk kampung :)

3 comments:

  1. Aku nak join jjmk lain tapi bergantung pada bos.. Dia ok aku on.. unlesss.. unles dia kata.. yang pi la abang tak pi kut... yabedabedu.. aku cari geng utk penuhkan keta je la...

    Ya betoi.. ikut pi sebab kita boleh dapat feel... satu lagi.. bila lagi nak tengok suasana kg.. kg aku dah bukan macam dulu lagi... biag la ada org tu kata kesian penerima.. malu la.. rimas la.. satu dunia tau depa miskin la.. etc..etc.. kita tetap join jjmk Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh pi solo...ajak la Hafizah.. dia mesti nak ikut :). Kampung kita dah tak macam kampung... rumah mak pun sekarang ni dah naik taman perumahan, makin jadi 'pekan' lah nampaknya hehehe...

      Delete
  2. Masa kecil2 dulu tolong Pak Njang menoreh getah .. kerja saya kutip sekerap and kutip susu ... bau kat tangan tu jgn cakap la .. siap pakai buah asam untuk hilangkan bau ..oh, memori ..

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin