Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.
Hari Malaysia... di sinilah kami sekeluarga meluangkan masa menzahirkan keperihatinan kepada insan-insan yang ditakdirkan hidup di dalam serba kekurangan. Ini bukan kali pertama kami menjadi peserta kepada konvoi jjmk anjuran ngo wargakilang (wk) ini, dan juga bukan kali pertama hati tersentuh melihat masih ada lagi keluarga yang masih mendiami rumah buluh/pondok/semuqok (kata orang utara). Di kala negara bergembira menyambut ulangtahun ke-51 kelahirannya, di daerah-daerah pedalaman sana, masih ada yang tinggal di kediaman seperti 51 tahun dahulu! Mana ada orang miskin sekarang ini yang dhaif... mungkin itu kata-kata sesetengah yang hidup di dalam serba kecukupan... tetapi.. HAKIKATnya... yes! HAKIKATnya.. masih ada... inilah buktinya... antara 2 keluarga berumah buluh yang konvoi kami santuni pada hari lahirnya sebuah cinta...
Bukan di daerah ini sahaja yang pernah diketemukan dengan pondok sebegini, ada lagi di daerah lain. Itu yang dapat dikenalpasti oleh team wk, tidak mustahil masih ada lagi yang tersorok yang masih tidak ditemui. Beruntunglah mereka yang mempunyai sebuah rumah yang sempurna untuk didiami dan berlindung dari hujan dan panas berbanding mereka ini.
Setiap kali jjmk, saya diamanahkan oleh rakan-rakan yang tidak dapat turut serta untuk membawa barangan sumbangan mereka. Mudah-mudahan dengan membawa barangan mereka, pahalanya turut tertempias kepada saya dan keluarga hendakNya... InshaaAllah.
sumbangan rakan-rakan bersama-sama 5kg beras x 22 kampit yang tiada di dalam gambar
Ini antara sumbangan baju terpakai yang turut dibawa bersama. Senang hati melihat pakaian di dalam bungkusan plastik seperti baju baharu...mudah-mudahan penerima juga gembira dengan 'hadiah' untuk mereka ini.
jalan-jalan masuk kampung
Setiap pangkat dan gelaran diketepikan di dalam konvoi ini apabila masing-masing tanpa paksaan berlumba-lumba untuk membanyakkan catatan di bahu kanan. Mudah-mudahan setiap anggota tangan yang mengangkat dan kaki yang melangkah ini menjadi penyaksian di kala mulut tidak mampu berkata-kata lagi di padang masyhar nanti.
antara sumbangan yang diterima oleh setiap keluarga
Di setiap jjmk sentiasa menyajikan 'kejutan' terutamanya buat anak-anak. Ketika melihat anak sungai kecil ini, apalagi, yang bernama kanak-kanak, sangat teruja untuk berendam.... merendam kaki sahaja pun memadai! Inilah agaknya 'hadiah' yang dapat meredakan keletihan mereka ketika mengikut mak ayah dan keluarga ke hulu ke hilir ke kampung penerima sumbangan.
Keesokan harinya, di persidangan akademik di sebuah hotel 5 bintang, menu pelbagai pilihan tersedia untuk dipilih sewaktu makan tengahari. Ingatan masih pada penerima-penerima semalamnya, pilihan makanan mereka tidak semewah pilihan yang ada di hotel terkenal itu. Begitu juga ketika menjamah makanan yang diambil secara minima, masih terkenang mengadap hidangan di bawah pokok berhampiran ladang kelapa sawit yang ditaja oleh seseorang. Dengan gulai (kari) ikan, ikan kering goreng bersama ulaman dan sambal belacan, ianya tetap menyelerakan berbanding pelbagai makanan yang terhidang di depan mata di hotel itu. Alhamdulillah.
kredit gambar : Tursina Yaacob
Di sini lahirnya sebuah cinta..
cinta yang akan terus subur di segenap jiwa
cinta untuk berbakti sesama manusia
InshaaAllah selagi hayatku masih ada...
Assalamu'alaikum wbt.
Hari Malaysia... di sinilah kami sekeluarga meluangkan masa menzahirkan keperihatinan kepada insan-insan yang ditakdirkan hidup di dalam serba kekurangan. Ini bukan kali pertama kami menjadi peserta kepada konvoi jjmk anjuran ngo wargakilang (wk) ini, dan juga bukan kali pertama hati tersentuh melihat masih ada lagi keluarga yang masih mendiami rumah buluh/pondok/semuqok (kata orang utara). Di kala negara bergembira menyambut ulangtahun ke-51 kelahirannya, di daerah-daerah pedalaman sana, masih ada yang tinggal di kediaman seperti 51 tahun dahulu! Mana ada orang miskin sekarang ini yang dhaif... mungkin itu kata-kata sesetengah yang hidup di dalam serba kecukupan... tetapi.. HAKIKATnya... yes! HAKIKATnya.. masih ada... inilah buktinya... antara 2 keluarga berumah buluh yang konvoi kami santuni pada hari lahirnya sebuah cinta...
Bukan di daerah ini sahaja yang pernah diketemukan dengan pondok sebegini, ada lagi di daerah lain. Itu yang dapat dikenalpasti oleh team wk, tidak mustahil masih ada lagi yang tersorok yang masih tidak ditemui. Beruntunglah mereka yang mempunyai sebuah rumah yang sempurna untuk didiami dan berlindung dari hujan dan panas berbanding mereka ini.
Setiap kali jjmk, saya diamanahkan oleh rakan-rakan yang tidak dapat turut serta untuk membawa barangan sumbangan mereka. Mudah-mudahan dengan membawa barangan mereka, pahalanya turut tertempias kepada saya dan keluarga hendakNya... InshaaAllah.
sumbangan rakan-rakan bersama-sama 5kg beras x 22 kampit yang tiada di dalam gambar |
Ini antara sumbangan baju terpakai yang turut dibawa bersama. Senang hati melihat pakaian di dalam bungkusan plastik seperti baju baharu...mudah-mudahan penerima juga gembira dengan 'hadiah' untuk mereka ini.
jalan-jalan masuk kampung |
Setiap pangkat dan gelaran diketepikan di dalam konvoi ini apabila masing-masing tanpa paksaan berlumba-lumba untuk membanyakkan catatan di bahu kanan. Mudah-mudahan setiap anggota tangan yang mengangkat dan kaki yang melangkah ini menjadi penyaksian di kala mulut tidak mampu berkata-kata lagi di padang masyhar nanti.
antara sumbangan yang diterima oleh setiap keluarga |
Di setiap jjmk sentiasa menyajikan 'kejutan' terutamanya buat anak-anak. Ketika melihat anak sungai kecil ini, apalagi, yang bernama kanak-kanak, sangat teruja untuk berendam.... merendam kaki sahaja pun memadai! Inilah agaknya 'hadiah' yang dapat meredakan keletihan mereka ketika mengikut mak ayah dan keluarga ke hulu ke hilir ke kampung penerima sumbangan.
kredit gambar : Tursina Yaacob |
Di sini lahirnya sebuah cinta..
cinta yang akan terus subur di segenap jiwa
cinta untuk berbakti sesama manusia
InshaaAllah selagi hayatku masih ada...
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?