Wednesday, June 4

Cameron Highlands 'revisited' - 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Destinasi pertama - Bharat tea Cameron Valley.  



Segelas teh Blackcurrant, Orange dan Strawberry berharga RM4.50 setiap satu serta 1 mug teh Honey Peach berharga RM6.

Hari berikutnya - Ladang Boh, Habu



1 mug teh tarik berharga RM3.50 serta secawan teh vanilla berharga RM3.50.  

Retro di Ladang Boh yang sama - 2008... papan tanda ini sudah tiada lagi pada tahun 2014.


Bunga-bungaan juga sudah berkurangan di Ladang Boh ini berbanding 6 tahun yang lalu.


Kami berkesempatan mendengar penerangan dari pegawai yang bertugas tentang operasi kilang pemprosesan teh ini.  Daun teh yang telah dipetik melalui beberapa proses.  
Proses 1 - pengeringan daun teh yang telah dipetik sebelum melalui proses seterusnya
Proses 2 - proses penggelekan daun.  Daun teh digulung dan dihancurkan
Proses 3 - proses pengoksidaan.  Enzim di dalam daun didedahkan kepada oksigen.  Warna daun teh yang hijau akan bertukar menjadi tembaga selepas pengoksidaan
Proses 4 - proses pengeringan.  Ianya mengurangkan kandungan kelembapan sehingga kurang dari 3%.  Daun akan bertukar menjadi warna hitam.
Proses 5 - pengasingan mengikut saiz daun teh.  Setiap saiz mempunyai densiti dan rasa yang tersendiri.  Serat dan tangkai akan dikeluarkan.

Kesemua proses ini dijalankan di kedua-dua pusat pengumpulan teh Boh, Habu dan juga Sg. Palas.  Jika tidak silap saya, keseluruhan proses dari daun teh mentah menjadi serbuk teh mengambil masa selama 2 hari.  Hanya pemprosesan daun teh berlaku di ladang ini, proses pembungkusan dan menambahkan perisa diuruskan di Banting, Selangor.


Proses permulaan


Proses akhir

Jenis-jenis serbuk teh yang dihasilkan.  Barisan 3 bawah adalah hampas yang diasingkan dari serbuk teh
Hampas atau sisa dari daun teh seperti ranting-ranting daun teh akan dijadikan baja organik.  

Retro di ladang Boh Sg Palas - 2011. Pemandangan ladang Boh Sg. Palas lebih cantik, namun perjalanan naik ke ladang teh dengan berkereta adalah lebih mencabar dan 'menggerun'kan dengan jalannya yang sempit dan di bahagian tepi yang bercerun curam... fuh...breathtaking...


Pemandangan ladang teh yang saujana mata dengan kehijauannya masih lagi tidak jemu untuk dipandang. Kunjungan seterusnya jika dipanjangkan umur, InshaaAllah, antara destinasi yang pastinya akan terus dimasukkan ke dalam itenari yang harus dikunjungi adalah tempat ini!


Baru kutahu!...setelah diterangkan oleh pegawai di boh centre... rupa-rupanya untuk membuat minuman teh yang sebaik-baiknya adalah serbuk teh yang berasingan untuk diminum 'O' atau bersama susu.  Teh 'O', serbuknya sedikit light dan untuk yang diletakkan susu serbuknya lebih kuat baunya.  Jadi... agak-agak yang mana satukah garden teas untuk di buat teh 'O' atau teh susu @ teh tarik? Ilmu baru selepas berpuluh tahun! :D Kotak yang berperisa untuk diminum 'O' sahaja.  Jom secawan teh!

- bersambung - ladang strawberi

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin