Tuesday, September 3

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt.


Kunjungan yang tidak dirancang.  Ketika menghadiri majlis perkahwinan di Ipoh pada hari kemerdekaan lepas, kami mencari tempat menarik di sekitar Ipoh.   Alang-alang sudah sampai, jangan lepaskan peluang, moh la kite! :D


Sebelum ini, saya hanya membaca cerita tentang Kellie's Castle ini, tetapi masih belum berpeluang untuk ke sana.  Maklumat lengkap dengan fakta sejarah dan struktur binaan Kellie's Castle boleh dibaca di sini dan sini.  Entri ini lebih tertumpu kepada foto-foto bangunan warisan bercirikan Scottish, Moorish dan India yang dibina oleh William Kellie Smith, seorang warganegara Scotland yang datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai seorang jurutera awam.  

Selamat datang...




catatan tentang pemiliknya

Gambar serta set ruang tamu ini dihadiahkan oleh cucu Kellie Smith (anak kepada Helen - anak perempuan Kellie) untuk diabadikan di rumah agam ini.

ruang tamu

Kami menuruni anak tangga menuju ke basement yang gelap tanpa sebarang cahaya.  Ianya merupakan ruang penyimpanan arak yang boleh memuatkan sehingga 3000 botol.  Ianya juga merupakan jalan keluar ketika kecemasan yang menghubungkan dengan kuil Hindu yang letaknya 500 meter dari Kellie's Castle ini.  Terowong tersebut telah ditutup oleh pihak muzium pada tahun 2003 untuk tujuan keselamatan.












tangga spiral ke tingkat atas yang sempit



Di koridor inilah dikatakan seorang pelancong pernah dilihat sosok orang putih yang dikatakan roh Kellie Smith itu yang merenung keluar dari tingkap.  Tingkat ini terletak bilik tidur utama dan bilik anak-anak perempuan dan lelaki serta bilik tidur tetamu.





salah satu bilik tidur di tingkat dua

Kellas House - rumah asal

bilik linen



pemandangan hadapan dari Kellie's Castle


Menggigil kaki saya hendak memanjat hingga ke tingkat atas.  G.A.Y.A.T dengan tangga yang kecil untuk ke tingkat atas serta sayup ternampak ke bawah.


Pengunjung boleh berkunjung sehingga ke atas bumbung, tetapi tidak bagi saya, cukuplah sehingga ke tingkat atas saja! :D



Semangat merdeka!









Sedar tak sedar, kami menghabiskan hampir 1 1/2 jam di situ.  Maha suci Allah yang mengurniakan akal dan kepandaian kepada pereka rumah agam ini.  Perancangannya begitu teliti ketika di awal 1900, disediakan ruang untuk beribadat, pakaian, bilik yang diasingkan untuk anak lelaki dan perempuan, bilik tetamu, bilik bacaan, ruang tamu, ruang untuk lif serta terowong bawah tanah untuk waktu kecemasan! 

Bayaran masuk adalah RM5/dewasa dan RM3/kanak-kanak (MyKad). Untuk pengunjung luar negara, RM7/dewasa dan RM5/kanak-kanak.  Waktu lawatan dari pagi (tak ingat jam berapa) - 6 petang.  

** Nota : Jika berminat ingin mendapatkan perkhidmatan fotografi bajet boleh berhubung di email : duatiti@gmail.com ** 

2 comments:

  1. Kami dah pi 4 thn lepas kut..bermalam di rumai Ainul Akmar dan ajak dia sekali (dia dok Batu Gajah pun tak penah pi). siap berkelah kat bawah2 pokok di situ. Yg meraik castle ni ada anak tangga di belakang setiap bilik utk melarikan diri bila perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang perancangan rapi, laluan kecemasan, terowong, tempat sembunyi, semua ada

      Delete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin