Tuesday, September 10

[Gambar] Jarang-jarang sekali

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt.

*entri suka-suka, gambar versi unedited kecuali resize dan watermark*

Pengalaman terperangkap di dalam kesesakan lebuhraya Syawal lalu selama 1 1/2 jam tidak bergerak/bergerak perlahan.  Lebuhraya seakan menjadi kawasan viewpoint pula apabila pemandu mengambil kesempatan untuk meregangkan kaki di luar kenderaan masing-masing. Aktiviti testing kamera ketika itu sedikit sebanyak dapat meredakan tekanan melihat kenderaan yang tidak bergerak langsung :D







Dari cerah sehingga gelap!

Waze - 0kmh (tidak bergerak langsung)

Alhamdulillah, pengalaman ini bukannya pengalaman yang sering kami tempuhi seperti orang lain. Kami hanya bersimpati kepada mereka yang terpaksa melaluinya setiap kali musim perayaan untuk kembali ke kampung halaman.  InshaaAllah, pahalanya berganda bagi mereka yang bersabar untuk meraikan ibubapa serta sanak saudara walaupun terpaksa melalui detik sukar di dalam perjalanan.  Tabahkan hati.. 

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin