Showing posts with label cherating. Show all posts
Showing posts with label cherating. Show all posts

Saturday, February 16

Cherating 're-visited'

Peluang untuk mengikut JJMK nelayan kami sekalikan untuk percutian keluarga.

Kali terakhir kami ke Cherating adalah 2008 ketika anak-anak masih belum bersekolah.  Sebelum itu pada 2007, berkonvoi bersama keluarga dan saudara-mara ke Terengganu dan Cherating. 

Baru-baru ini, bilik ditempah di Eastana Cherating Beach Resort.  Pengalaman agak 'pahit' ketika menginap di situ kerana sepanjang menginap di mana-mana resort/chalet, TIDAK PERNAH kejadian TIADA AIR dialami. Bayar mahal untuk sebuah bilik tetapi untuk qada' hajat dan berwuduk terpaksa nomad ke tandas awam di sebelah dewan makan... huhuhu...sadis...mujur juga tiada anak kecil.  Kata staf yang bertugas, guests overloaded kerana peak season....S.A.B.A.R sajalah...

Aduan sudah dibuat di laman web yang kami lakukan tempahan...begitu juga di FB mereka, tetapi masih tiada apa-apa maklumbalas.  Hak pengguna supaya pengguna seterusnya tidak teraniaya dengan servis yang kurang memuaskan dengan bayaran yang tidak setimpal.   

suram

seronok bermandi-manda walaupun hujan gerimis


Anak-anak sempat mandi laut selama 1 1/2 jam saja pada hari kedua kami di sana ketika air surut di dalam cuaca yang suram.  Layang-layang yang dibeli sehingga sekarang masih belum mengibarkan sayapnya, entah bila dapat terbang bebas di udara.  Faham benar cuaca di sebelah pantai timur pada waktu begini, kerana agenda utama bukanlah 'makan angin'.

Pantai 2007 tidak lagi sama seperti yang kami kunjungi baru-baru ini.  Pantai dahulu lebih bersih.  Kehadiran mat mat motor dengan enjin motosikal dihidupkan dengan bau asapnya sedikit mengganggu.


pembuatan keropok lekor

Walaubagaimanapun, terasa puas hati dapat merasa keropok Terengganu dan Satar Aziz yang dicari.  Pertama kali juga melihat pulut jantung - pulut yang berintikan serunding, tiga biji dimakan oleh adik seorang saja.  Sendawa  sudah berbau ikan.  Ketika membuka balutan otak-otak pantai timur, sedikit terkejut kerana ianya tidak sama seperti otak-otak selatan tanahair.  Lain negeri, lain caranya.  Pengalaman baru buat saya.  Minta maaf orang Kemaman, ikan bakar Telok Tempoyak masih yang pertama di dalam senarai saya dan en. suami.


pulut jantung

sambalnya diletak selepas ikan selesai dibakar

Satar Aziz

Perhentian terakhir membeli keropok sebelum balik

Pasca jalan-jalan, adik beritahu, dia suka dapat berikan bungkusan goodies kepada kanak-kanak yang kami temui semasa JJMK Nelayan.  Inshaa Allah, dengan aktiviti yang berterusan begitu, diharapkan dapat melembutkan hati anak-anak untuk menghargai kehidupan ini supaya tidak memandang kelebihan dan kemewahan orang lain, tetapi memandang kepada kekurangan dan kemiskinan masyarakat di keliling mereka.

Friday, July 25

Day 5 : Cherating (Part 4)

Hari terakhir di Cherating kami gunakan untuk melawat Santuari Penyu. Untuk kanak-kanak, tempat ini merupakan tempat yang menarik untuk mereka. Pusat dibuka dari jam 9pg - 5.30 ptg dan pada malamnya dari 7.30 mlm - 7.30 pagi. Menurut pegawai yang bertugas, mereka akan melepaskan anak-anak penyu pada malam tersebut. Oh...kami terlepas peluang itu kerana kami hampir berangkat pulang. Anak-anak agak keberatan untuk meninggalkan "kecomelan" penyu-penyu tersebut (Nota : siap berjanji dengan anak-anak, jika ke cherating lagi, kami akan ke pusat tersebut lagi)... hehehe.



adik yang keberatan meninggalkan penyu

penyu yang besar kalau tak silap saya, berumur 4 tahun, disimpan di kolam untuk tujuan penyelidikan

anak-anak penyu yang berusia 1 - 2 minggu sudah sedia untuk dilepaskan ke laut

Thursday, July 24

Day 4 : Cherating (Part 2)

Makanan - saya berikan sekitar B-, kenapa? saya pernah menikmati makanan yang sama, tetapi lebih enak dan menarik dari ini.

pilihan kakak

pilihan abah

umi - hash brown dan bread pudding

omelette

adik bila nampak honey star, dia nak yang ini je

Day 3 : Cherating (Part 1)

Hari Isnin sekitar jam 10 kami bergerak ke Cherating. Jalan agak jem di Batu Caves menuju ke Gombak. Sejam terperangkap sebelum sampai ke susur keluar ke Lebuhraya Karak. Seterusnya perjalanan agak lancar. Sampai di Cherating sekitar jam 2, kami berhenti di masjid sebelum meneruskan perjalanan ke hotel. Setelah beberapa kali melihat dan meneliti hotel dan chalet sekitar Cherating, akhirnya perjalanan ditamatkan di Hotel Holiday Villa. Kenapa tidak memilih chalet? di Hotel anak2 dapat bermain juga di kolam renang. Itu yang dinanti-nantikan mereka. Petang itu juga tidak sabar-sabar untuk terjun kolam!

mandi di pantai Cherating... sekali saja, ombak agak mengganas

abah melayan anak-anak mandi laut

konon-konon hendak bina istana pasir, tak menjadi

seronok bermandi-manda di kolam renang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin