Percutian yang tidak dirancang. Penginapan juga tidak ditempah terlebih dahulu, 'redah' saja. Penginapan di Felda Residence Hotspring penuh, yang ada hanyalah Felda Residence Trolak yang jauhnya 14km dari Hotspring. Kami menginap di Mengkawan, chalet yang baru beroperasi 3 bulan yang letakkan lebih kurang 2km dari Hotspring. Bayaran untuk chalet berhawa dingin (tanpa bilik) RM150/malam, tidak termasuk sarapan. Penginapan chalet 1 bilik RM200+ (tidak pasti harga sebenar). Mereka menyediakan makanan di atas permintaan sahaja (makan pagi RM4/kepala), hidangan lain tidak pasti. Untuk chalet, tidak ada kemudahan untuk memasak air panas di dalam bilik. Cuma yang menariknya, chalet ini terletak berhampiran sungai.
|
Mengkawan Chalet |
Petang itu, anak-anak bermandi-manda di Sungai. Asyik melihat deruan sungai dengan bunyi yang tersendiri.
|
Sungai Klah |
|
Jernih airnya |
Keesokannya, kami antara yang terawal di Hotspring, seawal jam 8 pagi, sudah berada di kaunter menjual tiket.
Hot pool lengang, seluruh kolam untuk kami dan satu lagi keluarga.
|
Hot pool, tenang |
|
Hanya 30 minit sahaja berendam... |
|
Cool pool pula |
|
rendam kaki |
|
aktiviti merebus telur |
|
unik nama pokoknya |
Private jacuzzi RM75/jam, berbaloi kah? Entah, tetapi puas hati kerana dapat berendam tanpa gangguan dari orang lain, hanya keluarga sendiri saja.
|
private jacuzzi |
|
selesai diurut oleh jacuzzi |
Dapat tidur nyenyak jika letak kepala di bantal!
Wood trail, perjalanan balik.
|
mata air panas |
Percutian alam semulajadi yang menyegarkan.
Salam sejahtera kak Hasfa,
ReplyDeleteMenarik tempat ini. Boleh saya turut selepas ni. Yang Tertulis, Yang Terpilih sudah pindah rumah ke Impian, Harapan dan Realiti kak.
Akak sambung belajar ya, tahniah. Semoga segalanya dipermudahkan.
Salam sejahtera @misabammas,
DeleteLamanya tak dengar berita dari adik. Rumah berpindah, alamat barukah... nanti akak ziarah :)
Jika ingin ke Hotspring, cuba tempah bilik penginapan di Felda Residence Hotspring kerana tiket masuk ke kolam-kolamnya diberi bersekali dengan penginapan. Akak rasa lebih jimat. Tapi kena tempah awal-awal lah. Kali pertama dulu, akak tempah villa 2 bilik bersama keluarga kakak, RM550++ rasanya. Villa ini ada kolam jacuzzinya sendiri. Villa ini ada kemudahan dapur untuk masak juga.
InsyaAllah, baru mula belajar, doakan akak ye :)