Buat masa sekarang ini, baca, baca, baca dan baca! Tiada lain melainkan baca... hehehe. Memandangkan kuliah wajib yang diambil 2 jam x 2 kali seminggu, Selasa dan Khamis, maka, 2 hari ini, saya akan peruntukkan berada di kampus. Hari lain, pembacaan diteruskan di rumah di dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan sendiri (disiplin!), walaupun kadang-kadang, kertas itu yang baca saya (kerana terlelap..hehehe).
Perjalanan dari Kepala Batas - Nibong Tebal - Kepala Batas berjumlah lebih kurang 106km dengan anggaran kos RM20 untuk petrol dan RM8.80 untuk tol. Bukan sedikit jumlahnya untuk sehari perjalanan, tetapi sudah tentu tidak dapat menandingi pelajar yang terpaksa merentas negeri untuk menuntut ilmu. Pertemuan dengan Oh Chai Lian, rakan pensyarah kejuruteraan awam dari UiTM Shah Alam menyedarkan saya yang perjalanan saya ini 'tidak seberapa' berbanding dengan mereka yang menempuh sejauh 600km perjalanan pergi balik. Begitu juga rakan pensyarah sekampus (Pulau Pinang) yang menyambung pengajian mereka di UiTM Shah Alam. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang mengetahui kepenatan, keletihan dan kepayahannya.
Kos untuk pengajian ini pula RM3,700/semester. Fuh... saya tidak boleh sia-siakan duit rakyat (biasiswa) yang telah diamanahkan ini...kerana itu adalah amanah yang telah diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja (ini yang akan terus menjadi motivasi saya meneruskan pengajian ini). InsyaAllah.
Penyelia tidak memberikan tekanan (buat masa sekarang) kerana permulaan ini perlu mendalami kajian orang terdahulu dengan pembacaan jurnal, buku dan sebagainya. Tambahan kepada saya hanyalah kuliah wajib yang perlu diambil, sudah ada tugasan individu yang perlu dibuat ya....jangan sehingga last minute pula. Biasalah kan, macam tak biasa.... #tidak boleh diamalkan...not good!
Pagi tadi saya menghadiri pembentangan seorang ahli kumpulan penyelidikan di bawah penyelia utama dan penyelia bersama. Sekurang-kurangnya pendedahan awal ini dapat membantu saya memahami aspek-aspek yang akan ditanya oleh penyelia atau pemeriksa. Pembentangan yang dijalankan ini hanyalah secara informal dan santai. Terlalu banyak yang perlu saya lakukan sebelum sampai ke tahap mereka.
warga dua kampus... Alhamdulillah |

Assalamualaikum Kak Ilah, Saya doakan PhD Kak Ilah mendapat petunjuk, bantuan dan inayah ALlah. Semoga berjaya...
ReplyDeleteWa'alaikumussalam wbt.albazrah,
DeleteTerima kasih,aamiin