Monday, August 6

Kisah kembara Ramadhan - I

Perancangan telah disusun untuk mengikuti kembara Ramadhan anjuran wargakilang pada 15 Ramadhan lalu (4/8/2012).  

Pelbagai barangan mentah dapat dikumpul hasil sumbangan ikhlas dari jemaah masjid yang ingin berkongsi kebahagiaan dengan orang yang kurang bernasib baik setelah diwar-warkan aktiviti kemasyarakatan ini di masjid.  Alhamdulillah.  Ada yang sudi menawarkan kenderaan mereka untuk membawa barangan tersebut ke pusat pengumpulan barangan.  

Kami (1 kereta dan 1 pickup) bergerak ke Check Point pertama - Tol Gurun, untuk menyertai ahli  konvoi yang lain.  Konvoi kemudiannya bergerak sekitar jam 8.30 pagi ke Check Point kedua - Masjid Lubuk Merbau untuk pengumpulan barang sumbangan.  

Ramainya! Deretan kenderaan sekecil-kecil myvi dan sebesar-besar MPV, van dan pickup memenuhi tempat parkir Masjid Lubuk Merbau.  Dianggarkan sebanyak 150 kenderaan yang mengikuti konvoi jalan-jalan masuk kg (JJMK) kali ini.











Dibantu oleh geng bikers (Marshall) yang telah memastikan perjalanan konvoi lancar dan teratur

menunggu giliran

ahli konvoi - riben oren

Jumlah keluarga penerima sumbangan kali ini adalah 16 keluarga yang mempunyai pelbagai latar-belakang kehidupan.  Kami bergerak dengan dibantu oleh geng bikers yang telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.  Thumbs up untuk mereka!

yang dihadapan kami!

yang di belakang kami...

hampir tiba ke destinasi pertama

Nota kaki : Kesemua gambar (entri ini dan berikutnya) adalah hasil gabungan EOS1000D serta IXUS 105 yang diambil oleh en suami dan saya tanpa edit (cuma diresize sahaja)

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin