Saya baru memulakan pengambilan jus delima gulsan dan juga kurma. Hampir separuh botol pertama jus delima saya sudah habiskan. Rasanya, masam-masam, tetapi sedap! Jus kurma pula, saya baru sangat mengambilnya sehari yang lalu.
Bagi yang berada di sekitar Seberang Perai dan Selatan Kedah (Sg Petani), saya mendapat jus delima ini dengan harga RM15 sahaja di Fatimah Bakery bersebelahan Nasi Kandar Hussain berhampiran Billion Sg. Petani. Saya telah mencari-cari di laman web dan rata-rata harganya lebih mahal dari ini.
Mungkin entri ini dapat membantu bagi yang sedang mencari-cari jus delima ini. Untuk khasiatnya, tanya kepada pak cik google saja, banyak yang telah senaraikan khasiatnya.
Kalau tak salah aku beli 13.50 di tmn tunku hamimah kat cinta sayang. ada kedai jual kurma sebelah kedai jati. bole p cari
ReplyDelete