Berada nun jauh di pedalaman perkampungan orang asli, melihat kanak-kanak yang bebas merayau berkaki ayam ke sana-sini tanpa rasa takut dan gentar akan kejadian jenayah culik seperti imbasan kaca televisyen yang mengulang tayang zaman kanak-kanak saya! Mereka masih lagi bebas dari cengkaman perasaan takut.. alangkah bahagianya hidup mereka yang tidak terkurung oleh pagar besi di keliling rumah sendiri!
Mereka masih mengekalkan hidup bermasyarakat yang kian hari makin terhakis di kalangan masyarakat moden hari ini. Seisi kampung dikenali dan hubungan kekeluarga erat sekali dengan wujudnya rumah-rumah sampingan di sisi rumah induk untuk anak-anak yang sudah berumahtangga. Inilah sisi positif kehidupan masyarakat orang asli Kuala Boh, Cameron Highlands yang saya kunjungi selama 3 hari 2 malam itu.
|
demonstrasi masakan |
Udara pagi yang segar di lembah antara dua bukit itu saya hirup dalam-dalam terutamanya di hari terakhir kami di situ. Tenang ketika mendengar deruan air sungai Mensun yang tidak putus-putus mengalir yang jelas kedengaran ketika suasana sunyi biarpun airnya tidak lagi jernih yang mampu menggamit hati untuk terjun ke dalam isi perutnya. Juga burung yang berkicau di sana-sini... ianya seakan berirama memecah keheningan pagi, aman dan damai.
Mendengar cerita dari orang asli sendiri, keadaan di situ tidak lagi sama ketika 10 atau 20 tahun lalu di mana keadaannya lebih segar dan air sungainya lebih jernih berbanding hari ini. Mungkin generasi mereka akan datang tidak lagi dapat menikmati khazanah alam yang semakin hari semakin terhakis.
demonstrasi masakan
|
2 malam di khemah ini |
|
deretan khemah yang didirikan (di atas sana juga ada) |
|
perasmian - ucapan oleh tok penghulu |
|
makan berjamaah |
|
sedap tak dik? |
|
ziarah rumah ke rumah untuk menyampaikan barang sumbangan berupa Quran, Iqra' dan Yaasin |
|
salah sebuah rumah yang kami kunjungi (rumah induk) |
|
rumah baru yang dibina untuk menampung keluarga anak yang sudah berkahwin |
|
sungai Mensun yang sudah keruh airnya |
|
deruan airnya, damai... |
|
kelas fardu ain di surau lama |
|
sukaneka wanita |
|
bawa guli menggunakan chopstick |
|
tepung sudah menjadi bedak! |
|
naik turun naik turun tak pa saja... |
|
mampu mengupas kulit limau menjadi panjang? |
|
tadika lama yang sudah tidak digunakan |
|
chalet |
|
uniknya - dahannya bersudut tegak |
Walaupun mereka sudah kembali kepada fitrah menjadi seorang muslim, tetapi masih banyak yang tidak mereka ketahui. Bacaan solat mereka sekadar hafalan semata-mata, huruf-huruf Al-Quran tidak mereka kenali. Anak-anak yang bersekolah tidak menjadi masalah kerana mereka dapat mempelajarinya di sekolah, tetapi ibu-ibu mereka, agak jauh ketinggalan. Menjadi tanggungjawab seorang muslim yang lebih mengetahui untuk mengajar mereka, tetapi sudah tentu tidak dapat dilaksanakan di dalam masa yang singkat sekadar 2, 3 hari di sana. Hanya setelah kita diterima oleh masyarakat mereka, ketika itulah pelajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
Salam,saya student uitm penang.saya ditugaskan sebagai ketua projek bagi program ke Kg Kuala Boh ini untuk sem depan.saya ingin mengetahui secara lanjut bagaimana untuk saya menjalankan program komuniti di tempat ini.
ReplyDeleteSalam feeq roz, boleh berhubung dengan pensyarah dari fakulti awam atau elektrik kerana mereka telah menjadi penganjur kepada projek ini.
ReplyDeleteBoleh saya tahu siapa nama pensyarah tersebut?
ReplyDeleteSaya tak ingat siapa ketuanya, boleh tanyakan fakulti, mereka tahu kot
Deletesalam, saya student dari Smk Putera (Kelantan) sy sebagai pengerusi Persatuan Sivik di sekolah , bagaimana saya boleh menjalankan program komuniti ditempat ini?
ReplyDelete