Ini namanya 'cup cake' malas! tiada topping... hanya semata-mata cup cake.
Resepi asal : alma (myresepi)
Percubaan pertama tidak mengecewakan. Misi pertama saya untuk membuat apam dot dot hujung minggu lepas ke laut! Apamnya tidak gebu dan leper (adunan tidak cukup kembang). Tetapi leper-leper pun, ada tukang makan... ok lah. Dot-dot nya pun tidak menjadi, salah teknik rupanya! Setelah menelek blog ini, oooo... begitu caranya! Kena cuba lagilah nampaknya...
Cuba tengok blog itu, comel-comel apam polkadot dia... geram!
Berbalik kepada cup cake yang saya buat, saya layankan keinginan adik ingin meletakkan manik kecil ke dalam kek tersebut, kelihatan seperti bertampuk-tampuk sedikit atas kek apabila masak. Tidak kisahlah, janji saya puaskan hati pembantu chef itu. Cawan kertas yang digunakan kecil sedikit, jadinya, saya dapat 27 cup cakes. Jika ingin letakkan topping, lebih elok jika adunan diletakkan 1/2 dari paras cawan.
Terima kasih kepada alma kerana berkongsi resepi ini.
Resepi asal : alma (myresepi)
Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )
- 300g tepung (saya gunakan 2 cawan - converter)
- 350g gula (saya gunakan 1 3/4 cawan - converter)
- ½ cawan serbuk koko
- 1½ sdk soda bikarbonat
- ½ cawan butter (lebih kurang 120gm butter. Buttercup 250gm, saya gunakan hampir separuh)
- 2 sdk esen vanilla
- 1 ½ cwn susu segar
- * 2 biji telur
Cara-cara
- Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
- Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
- Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.
Saya gunakan converter untuk menukarkan unit bahan-bahan yang digunakan. Berlainan bahan, berlainan bilangan cawan yang digunakan.
Mudah dan cepat disiapkan. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?