Sudah namanya kanak-kanak ribena, layankan saja aktiviti yang sesuai dengan jiwa mereka. Singgah sebentar di Giant, Shah Alam, mereka ternampak pusat ternakan arnab berhampiran tempat letak kenderaan. Apalagi, melompat-lompat mereka ingin memberi makan arnab. Rupa-rupanya, pusat itu belum lagi dibuka, jadi kami hanya berlegar di sekitar sangkar arnab pelbagai jenis dan warna. Ada anak yang baru dilahirkan, ada yang tidur secara terlentang, sangat comel.
Ikutkan hati mereka, mereka mahu membawa balik beberapa ekor arnab itu.
Ke U8, Shah Alam, pusat membeli-belah yang terkini di sana. Ada pula karnival Upin dan Ipin, tetapi mereka tidak muncul pula, jika tidak, pasti adik sangat teruja berjumpa mereka. Pusat bowlingnya masih belum dibuka.
@Plaza Alam Sentral.
Adik berjaya beroleh tempat pertama.... dari bawah dengan 26 mata (jika tidak silap). Kami berlapan, kakak dan sepupunya seri. Memadailah saya di tempat ke-4 dengan mata 131 walaupun sudah lama tidak bermain.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?