Alhamdulillah, setelah hampir 4 hari mengalami kesakitan gigi yang amat sangat, saya mengambil keputusan untuk mencabut gigi geraham yang sudah separuh reput itu.
Dengan debaran kencang ketika duduk di kerusi rawatan itu, saya cuba memotivasikan diri yang rawatan ini akan menghilangkan kesakitan saya. Lega juga ketika terdengar doktor membaca "Bismillah" sebelum menyuntik ubat bius ke tepi gusi, tepi mulut dan tepi lidah. Seketika, hilang rasa sakit yang saya alami sebelum ini. Pipi terasa kembang dan kebas.
Selepas beberapa minit, doktor mengambil alat untuk mencabut. Doktor memberitahu saya untuk mengangkat tangan (sebagai isyarat) jika terasa sakit. Saya pejamkan mata sambil berdoa agar semuanya dipermudahkan. Selepas beberapa kali goncangan (rasanya < 5), terdengar bunyi 'krak'. Selesai. Sekejap saja, rasanya sekitar 10min - 20min, semuanya selesai. Saya berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Pipi masih terasa kebas sehingga 2 - 3 jam kemudian.
Sehingga kini, pipi masih lagi bengkak. Kata en. suami, pipi saya tidak simetri. Ialah, sebelah bulat, sebelah bersegi akibat pembengkakan. En. suami bertanya lagi samada sakit atau tidak. Setelah mengalami sakit yang lebih teruk, ini hanyalah 'sedikit' saja berbanding yang saya alami 3 hari lalu.
Membaca maklumat dari laman web Dr. Faiz menyebabkan saya tersenyum sendiri (terkena batang hidung yang takutkan bunyi drill itu).
Sedikit maklumat tentang penjagaan selepas mencabut gigi yang saya perolehi dari beberapa laman web:
Pipi kanan saya membengkak seperti budak lelaki di sini. Kategori saya adalah simple extraction saja.
Lega semuanya sudah berakhir.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?