Memang tidak dapat digambarkan. Hanya orang yang pernah mengalaminya dapat merasainya. Secara lahiriah, orang yang sakit gigi kelihatan seperti biasa, tetapi, orang yang mengalami sakit gigi sememangnya tiada mood untuk bercakap!
Sudah tiga hari saya menderita sakit gigi geraham kanan di bahagian bawah yang teramat sangat. Pain killer yang sepatutnya mengurangkan rasa sakit, seakan-akan tiada kesan.
Malam pertama, saya tidak dapat tidur lena kerana denyutan yang tidak berkurangan. Keesokannya (Selasa), masih boleh menghadiri kuliah seperti biasa. Terasa denyutan (yang tidak berapa kuat) sepanjang hari.
Malam tadi, saya tidak dapat tidur lagi. Denyutan semakin kuat terasa. Menangis-nangis saya di hamparan sejadah mohon supaya Dia mengurangkan sakit ini sambil membayangkan yang ada orang lain yang lebih teruk sakit mereka. Ya Allah, saya tidak kuat....
Berulang-ulang kali saya membaca ayat ini (untuk link sumber, sila klik ke imej) :
sumber |
kerana katanya dapat juga menghilangkan sakit...
Begitu juga selawat syifa'...
sumber |
dan ini...
sumber |
di samping mencuba juga beberapa tips yang diberikan oleh kawan-kawan....
kesakitannya masih terasa.
Penyelesaian terakhir... doktor gigi, tetapi hanya ubat penahan sakit beserta antibiotik yang diberi untuk mengurangkan sakit sebelum gigi itu dicabut atau root canal. Root canal melibatkan kos RM500 dan memerlukan tiga kali rawatan susulan. Apabila melihat imej berikut dari laman web Mejar (Dr) Faiz, oh tidakkkkkk!
Dicabut saja kot penyelesaiannya.... hurmmm.
terima kasih puan. dapat ilmu baru tentang root canal ni. Nampak macam rawatan tampal dengan besi masa zaman2 sekolah rendah dulu..
ReplyDeleteFadzlan, saya cuba berkongsi apa yang saya dapat tak kira dari mana sumber pun. Jika tidak terkena pada diri sendiri, mungkin saya pun tidak kisah tentang root canal ini.
ReplyDelete