Sunday, December 4

Jemput makan @Puncak Mutiara Cafe

Perancangan awal untuk menikmati ikan bakar Telok Tempoyak tidak menjadi.  Kami mencadangkan tempat yang berdekatan kerana abang ipar (food critic) suka makanan berasaskan kambing, jadi, kami fikir, tempat ini mungkin dapat memenuhi seleranya.

link

Konsep cafe ini adalah terbuka.  Pilih saja deretan wakaf untuk menikmati hidangan.  Ada yang berkerusi, dan ada yang bersantai duduk bersila.  Kata kakak saya, ianya seakan Naili's di KL tetapi di dalam skala yang lebih besar.  Memang luas kawasannya.  Seronok anak-anak berlari-lari ke sana ke mari.  Cafe mereka terletak di kawasan ladang peliharaan mereka sendiri.

kakakku... 

makku...

Jika duduk diam, mesti ada permainan telefon.

anak dan anak buahku...

anak buahku... (amboi... asyik berSMS saja :D)

Segala order dimasukkan ke dalam kad ini.

touch & pay card ya... bukan touch n go...

Servisnya sangat cepat walaupun malam itu pengunjung begitu ramai sekali.

budak2 zaman sekarang, duduk diam jika ada permainan

ABC Puncak Mutiara

Fries

Teh meow-meow ( misai kucing)

Arnab grill - paling mahal di dalam senarai

sup ekor

Ayam kampung masak merah

tomyam udang - yummy

beriani gulai ayam kampung

spageti - untuk anak-anak

kambing grill

blended chocolate

mushroom soup - saya

tapai aiskrim - sedap juga

sempoi


jalan masuk

Servis sangat bagus.  Makanannya sedap.  Arnab grill - ok - cuma saiznya sangat kecil hehehe.  Harganya seperti kebiasaan restoren eksklusif yang lain.  Boleh tahan juga.  Banyak pilihan menu yang mungkin kena dengan selera anda.  Mereka juga menjual susu kambing segar.  Bagi saya, saya akan berkunjung lagi ke sini untuk masa akan datang untuk mencuba menu yang lain.

Facebook mereka untuk peta lokasi.

3 comments:

  1. amboi..ni yang jadi lapar ni..ish ish ish..cobaan!

    ReplyDelete
  2. Leh pi lagi....next trip telok tempoyak lagi..hehehe

    ReplyDelete
  3. fadzlan, mai la Penang :D
    Kak... bolehh... nak pi dua-dua pun tak pa

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin