Kami menghabiskan masa berdua. Anak-anak menghabiskan sebahagian cuti sekolah mereka di rumah tok. Kasihan mereka, tidak dapat berjalan kerana umminya sedang berkuliah. Nasib kami kerana cuti tidak lagi bertindih dengan cuti sekolah.
(Jika adik tahu, harus dia mengomel, hurmmm... ummi makan sedap-sedap dengan abah saja... hehehe).
capuccino |
air nenas |
Ada cerita lawak di sini. Kedua-duanya tersalah membuat pilihan. Saya beranggapan capuccino itu rasanya kopi ala-ala coklat... tetapi, setelah dirasa, ya rabbi... pahitnya! Pure coffee rupanya... berpinau biji mata terpaksa menelan kopi yang sebenarnya bukan kegemaran saya. Nasiblah.
Jamaican Chicken |
Calamari - untuk en suami |
Ketika di dalam kereta, en suami mengatakan ingin menjamah ikan, ikan tanpa tulang, katanya. Saya faham maksudnya, ala-ala Fish n Chip. Ketika membuat pilihan di menu ikan, di antara deretan menunya, Calamari.
Calamari tu ikan ke?
Entahlah... ya kot... saya menjawab.
Setelah hidangan sampai, kami tergelak. Itulah... tidak tanya dulu...
Rupa-rupanya, Calamari itu.... sejenis sotong!
Rezeki malam itu. Itulah padahnya apabila tidak bertanya. Kesimpulannya, apa-apa pun yang tidak diketahui, lebih baik bertanya kepada yang pakar.
Terima kasih en suami di atas hidangan yang sedap. Katanya, appreciation dinner. Bukan selalu dapat makan malam berduaan begini. Hehehe....
ye betoi.... kalau ada peluang penting untuk berdua-duaan mcm ni... :)
ReplyDeleteBetul3x
ReplyDelete