Friday, December 30

Mandi-manda @Rimba Templer

Perancangan asalnya ke Ulu Yam bertukar ke Taman Rimba Templer untuk tidak menghampakan anak-anak yang suka bermain air.  Perjalanan dari Puncak Alam lancar menggunakan lebuhraya LATAR yang baru itu.

(gambar bertarikh adalah dari kamera saya IXUS, dan gambar lain dari Nikon - kredit anak buah saya).



Ada aliran sungai di tepi tempat meletak kenderaan, tetapi tidak ada air terjun, sesuai untuk yang mempunyai anak kecil.  Kami berjalan menyusuri jalan kecil mendaki cerun yang dikelilingi pepohon rendang serta bunyi unggas di kiri kanan.  Tercungap juga berjalan 1/2 km, tetapi semuanya hilang apabila melihat air terjun serta air sungai yang jernih mengalir ke dalam takungan yang dijadikan seperti kolam mandi.




budak yang seronok bertemu air



Ada kejadian berlaku di sini.  Kakak berseorangan menuju ke tempat yang agak dalam walaupun telah dilarang oleh saya.  Rupanya di tepi batu itu, airnya agak dalam hasil dari air terjun kecil itu.  Alhamdulillah, ada pemuda India yang berada di situ memegang kakak yang sudah hampir tenggelam (kakak di luar pandangan saya ketika itu).  Muka kakak sudah pucat.  Selepas itu, kakak tidak berani lagi menghampiri tempat yang dalam.  Pengajaran juga untuknya kerana sudah beberapa kali saya sudah nasihatinya supaya tidak berseorangan ke tempat yang agak dalam.



air terjun kecil


pak cik melayan mereka mandi

budak montel








Video singkat


Perancangan akan datang, Hutan Lipur Kancing pula....

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin